WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.81.71.219' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.81.71.219','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Suara Akhbar Wilayah','/?p=986','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh JENIRI AMIR

Pada akhir 1970-an dan awal 1980-an, ketika penulis mengikuti pengajian di Universiti Sains Malaysia, salah sebuah akhbar yang menjadi kegemaran penulis ialah Bintang Timur.

Akhbar yang menyasarkan pembaca di utara Semenanjung itu berjaya memancing minat penulis kerana kandungannya yang tertumpu kepada isu dan berita di wilayah berkenaan. Malangnya, akhbar terbitan Syarikat Utusan Melayu Berhad itu tidak bertahan lama dan akhirnya terpaksa menghentikan penerbitannya.

Akhbar bahasa Inggeris The Star yang pada mulanya memberikan fokus kepada wilayah utara terutama di Pulau Pinang juga memindahkan pejabatnya ke Petaling Jaya dengan strategi untuk menjadikan akhbar itu sebagai akhbar nasional.

Untuk sekian lamanya, Malaysia tidak mempunyai akhbar wilayah ataupun akhbar komuniti sehinggalah Sinar Harian, akhbar bersaiz kompak dengan cogan kata, “Cakna dan Dinamik” menemui pembaca pada 2006. Pada peringkat awal, akhbar ini hanya dipasarkan di Pantai Timur Semenanjung seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu.

___

Dr. Jeniri Amir merupakan Pensyarah Kanan dalam bidang media dan komunikasi politik Universiti Malaysia Sarawak.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Januari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.