Oleh SIVAMURUGAN PANDIAN

Suasana politik pada 2010 tetap meriah kesan daripada keputusan “luar jangka” Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. Sejak Pilihan Raya Umum ke-12, berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan pusat termasuk kehadiran Perdana Menteri baharu, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang mengambil alih teraju kepemimpinan negara.

Pada April 2010, genap setahun Najib mentadbir negara. Pada awal 2010, Najib memperoleh sokongan yang besar daripada rakyat walaupun ketika itu persekitaran politik masih tidak menentu. Pada waktu yang sama, Pakatan Rakyat yang sebelum ini masih asyik menikmati mimpi indah sejak kejayaan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-12, mula tersedar bahawa sokongan terhadap mereka semakin tergugat ekoran prestasi positif Najib.

Adakah sokongan rakyat masih berpihak kepada Pakatan Rakyat atau perlahanlahan Najib sudah menemuirentak untuk meningkatkan semula populariti Barisan Nasional? Benarkah Pakatan Rakyat semakin kuat dan Barisan Nasional pula semakin lemah?  Adakah 2010 menjadi medan pertembungan antara Najib dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Paling ketara, Barisan Nasional sedang menerajui perubahan politik sepanjang 2010, manakala Pakatan Rakyat sedang berhadapan dengan krisis keyakinan dan kepercayaan yang memberikan kesan terhadap pola perhubungan sesama anggotanya. Yang  menunjangi peningkatan mendadak Barisan Nasional adalah nilai kepemimpinan Najib. Program “turun padang” yang dilakukan oleh beliau merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Populariti Najib melonjak naik pada 2010 dengan 72 peratus pada Mei 2010 berbanding dengan 69 peratus pada bulan sebelumnya. Peratusan ini jauh berbeza daripada catatan 56 peratus pada Oktober 2009 mengikut tinjauan Merdeka Centre.

___

Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Januari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.