WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Myanmar dalam Geopolitik Dunia','/?p=976','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh HARIS ZALKAPLI

Pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi yang baru dibebaskan daripada tahanan, kini muncul lagi sebagai bahan berita. Walaupun tanpa harapan untuk mengubah rejim yang memerintah Myanmar, Suu Kyi terus mendapat sokongan dan perhatian Amerika Syarikat dan Barat sebagai harapan demokrasi di negara anggota ASEAN itu.

Walau bagaimanapun, sejauh manakah boleh diharapkan sokongan Amerika Syarikat dan Barat kepada demokrasi di Myanmar? Selain sokongan kepada Suu Kyi dan gerakan demokrasi di Myanmar, bersediakah kuasa besar dunia mengubah demokrasi yang sebenar di Myanmar?

Berdasarkan perkembangan terkini, keperluan geopolitik di Myanmar menunjukkan kemungkinan tipis untuk kuasa serantau dan global yang terdiri daripada ASEAN, India, serta Amerika Syarikat melihat demokrasi sebenar terlaksana di Myanmar. Suu Kyi, walaupun mendapat liputan meluas media Barat, hanya satu bahagian kecil daripada persaingan geopolitik melibatkan Myanmar, yang kekuatan sokongan kepadanya tetap bergantung pada perkiraan kuasa-kuasa politik di Myanmar. Tindakan junta tentera Myanmar membebaskan Suu Kyi juga belum dapat disimpulkan sebagai satu langkah sebenar dalam perkembangan demokrasi di negara itu.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Januari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.