WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.103.239' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.103.239','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Pemulihan Tanpa Pekerjaan','/?p=973','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh ZULKIFLI SALLEH

Secara relatif, 2010 lebih baik jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Sekurang-kurangnya, pada 2010 krisis ekonomi semakin reda dan banyak negara boleh menarik nafas lega.

Ada pihak yang mengatakan bahawa krisis ekonomi pada tahun lalu tidak seteruk mana. Mereka seolah-olah lupa bahawa semasa krisis ekonomi tersebut berlaku banyak kerajaan terpaksa campur tangan secara drastik untuk mengawal pasaran ekonomi negara masing-masing – pemiliknegaraan, pelan penyelamat, dan pakej rangsangan ekonomi.

George Soros dalam makalahnya, “The Real Danger to the Economy”, cuba menarik perhatian tentang bahaya yang sedang menunggu dalam perjalanan pemulihan ekonomi dunia yang penuh liku. Beliau mengingatkan bahayanya tanggapan yang menyatakan bahawa defisit belanjawan mesti dikurangkan untuk membantu pemulihan ekonomi. Tulis Soros dalam The New York Review of Books pada November lalu, “Idea bahawa kita mesti memotong defisit belanjawan ketika kadar pengangguran tinggi merupakan tanggapan yang salah.”

“Dasar Keynesian akibat kemuflisan Lehman Brothers merupakan kemenangan teori ekonomi,” isytihar Joseph Stiglitz dalam guardian.co.uk pada pertengahan Oktober lalu. “Di Eropah, Amerika Syarikat, dan Asia, pakej rangsangan ekonomi sungguh berkesan,” tulis penerima Hadiah Nobel Ekonomi itu.

Mana-mana negara yang mempunyai pakej rangsangan yang besar (berbanding dengan saiz ekonomi mereka) dan direka bentuk cara terbaik bakal membuahkan hasil yang baik. Buktinya China dapat mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi lebih daripada lapan peratus setahun. Bagi Stiglitz, pakej rangsangan ekonomi selalunya difikirkan sebagai langkah sementara sehingga kedudukan sektor swasta kembali stabil.

Krisis ekonomi yang berlaku mendedahkan kecacatan yang ketara akibat pembatalan kawal selia pasaran. Ekoran itu, banyak negara kembali kepada kawal selia. Pasaran tidak boleh dibiarkan bebas sewenang-wenangnya, tetapi perlu diimbangi peranan kerajaan.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Januari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.