WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Cabaran Merealisasikan Umatan Wasatan','/?p=969','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh ISMAIL IBRAHIM

Dalam salah satu siri yang disiarkan oleh CNN Larry King Live selepas peristiwa 11 September 2001, seorang pendeta Yahudi memetik ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Islam ialah agama yang keras, tidak toleran, dan tidak mesra dengan penganut agama lain. Ayat yang dikemukakan untuk mengukuhkan pandangannya itu ialah surah al-Maidah (ayat 51) yang bermaksud:

Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menjadikan Yahudi dan Kristian sebagai teman rapat, kerana sesetengah daripada mereka menjadi teman rapat kepada sesetengahnya yang lain, dan sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan pertunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

Jika dikaji dari sudut konteks keilmuan, ayat ini diturunkan sebagai peringatan Allah kepada umat Islam tentang tindakan penganut agama lain yang mempunyai permusuhan terhadap umat Islam. Ternyata mereka mempunyai niat yang tidak baik dan berusaha untuk menghancurkan umat Islam seperti yang pernah berlaku terhadap Rasulullah SAW.

Malah mutakhir ini pun ternyata bahawa sesetengah penganut agama lain masih menaruh permusuhan yang mendalam terhadap umat Islam.

___

Datuk Dr. Ismail Ibrahim merupakan bekas Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, dan bekas Duta Besar Malaysia di Arab Saudi. Beliau Sekarang penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Januari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.