Oleh ABD. KADIR MOHD. AYUB

Anda sedang berada dalam sebuah kompleks beli-belah sambil membelek deretan baju dan seluar yang menarik perhatian anda. Kemudian, anda membawa beberapa helai baju dan seluar yang anda pilih ke bilik persalinan untuk dicuba.

Memandangkan anda sendirian sahaja di dalam bilik persalinan tersebut, jadi anda membuat pelbagai aksi seperti peragawan ketika memakai baju dan seluar yang dicuba. Setelah anda benar-benar berpuas hati, barulah anda memilih baju dan seluar yang paling sesuai dengan anda lantas membayarnya di kaunter.

Selang beberapa hari kemudian, seluruh rakan sepejabat anda kecoh berikutan video anda di dalam bilik persalinan sebuah kompleks beli-belah menjadi tontonan ramai di internet. Seluruh aksi anda seperti peragawan di dalam bilik persalinan itu termasuk saat anda membuka baju dan seluar menjadi bahan tontonan umum! Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, apakah tindakan anda?

Ternyata pencerobohan ruang peribadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menjadi igauan ngeri kepada semua orang. Situasi ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja ekoran kecanggihan teknologi terkini yang memungkinkan semua ini berlaku dengan mudah, pantas dan meluas.

___

Penulis Penolong Editor Dewan Masyarakat.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.