Oleh MUHAMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN

Di sebuah gerai makan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, kelihatan seorang wanita tua sedang mengemas meja makan yang berselerak. Suasana di gerai makan tersebut agak sesak kerana dibanjiri pengunjung yang dating untuk makan tengah hari.

Gelagat wanita tua itu menarik perhatian penulis. Sisa-sisa makanan di atas meja makan dikumpulkan oleh wanita tua tadi di dalam pinggan besar. Kemudian dengan tidak semena-mena sisa makanan tersebut dibuang ke dalam longkang di tepi gerai itu.

Penulis hanya menggeleng kepala melihat tindakannya. Patutlah negara mudah menerima penyakit berjangkit seperti taun, malaria, denggi dan sebagainya, hal ini disebabkan sikap sesetengah rakyat negara ini yang pengotor.

Lebih menyedihkan, setiap kali berlaku kes penyakit berjangkit di negara ini, kebanyakan pihak menuding kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan. Tidak ada pihak yang mahu menyalahkan diri sendiri kerana tidak mengambil inisiatif untuk menjaga kebersihan di sekeliling mereka.

Menurut rekod yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, setiap hari kira-kira 2000 hingga 2500 tan metrik sampah dikutip di Kuala Lumpur. Dalam sebulan, tidak kurang 75 ribu tan metrik sampah dipungut. Angka ini belum lagi mengambil kira sisa makanan atau sebagainya yang dibuang di tempat yang tidak sepatutnya.

Lebih mengaibkan, pada sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan, 22 November lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, menyatakan bahawa kajian audit Jabatan Kerajaan Tempatan mendapati bahawa 51.6 peratus daripada 5764 buah tandas awam di seluruh negara hanya berada pada tahap satu atau dua bintang – sangat tidak memuaskan untuk digunakan.

Senario yang berlaku ketika ini menyebabkan wujud anggapan bahawa rakyat Malaysia sekarang terdedah dengan bahaya penyakit yang “dicipta” oleh mereka sendiri. Malah, mungkin ada benarnya dakwaan bahawa rakyat Malaysia semakin pengotor.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Januari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

VIDEO BERKAITAN Membenteras Wabak Denggi.

Share

1 Maklum Balas

  1. asrul Komen:

    contoh paling senang sifat pengotor sesetengah rakyat malaysia.. lepas habis hisap rokok..puntung tu main campak jer merata-rata ..walaupun kadangkala tempat membuang puntung rokok ada di depan mata.

    Dihantar pada 16 Januari, 2011, 6:12 pm

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.