WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Gelembung Harga Rumah: Perlukah Kawal Selia Kerajaan?','/?p=949','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh MOHD. SHUKRI MOHD. ARIFF

RM700 ribu – itu harga untuk seunit kondominium yang baru disiapkan di Setiawangsa, Kuala Lumpur. RM1 juta – RM7 juta pula harga untuk seunit rumah berkembar dan rumah banglo yang baru disiapkan di kawasan perumahan Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor.

Jika seseorang yang baru bekerja di Kuala Lumpur memperoleh pendapatan sekitar RM1500 – RM2500 sebulan, lupakan hasrat jika mahu membeli seunit rumah teres di Kuala Lumpur. Untuk makluman, purata harga untuk seunit rumah teres di Kuala Lumpur sekarang berdasarkan kajian terkini Real Estate and Housing Developers’ Association (REDHA) ialah RM400 ribu. Jika bank memberikan pinjaman pembiayaan 90 peratus untuk membeli rumah ini, dengan jumlah gaji RM2500 sebulan, semua wang gaji itu habis untuk membayar balik ansuran bulanan pinjaman bank tersebut.

Menurut laporan terkini OSK Research Sendirian Berhad, sebuah badan penyelidikan ekonomi bertaraf antarabangsa, sektor hartanah di Malaysia terutamanya di bandar besar sedang menyaksikan gelembung harga hartanah kediaman tertinggi dalam tempoh sedekad. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa gelembung harga ini dijangka mencecah kemuncak antara 2012 hingga 2013 sebelum berkemungkinan harganya kembali sederhana.

Persoalannya, mengapa gelembung harga ini berlaku? Tidak adakah cara untuk mengawalnya? Apakah kesannya jika senario ini berterusan? Bagaimanakah nasib golongan yang berpendapatan rendah untuk membeli rumah jika gelembung harga ini berterusan?

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Januari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

VIDEO BERKAITAN 2011: Harga Rumah Naik, Peratus Pembiayaan Pemilikan Rumah Turun: Rahmat atau Beban?

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.