Oleh MUHAMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN

Ketika perlawanan separuh akhir acara sepak takraw berpasukan antara Malaysia dengan Korea Selatan dalam temasya Sukan Asia di Guangzho, China, November lalu, pemain Korea Selatan dilihat tidak memberikan laluan mudah kepada anak buah Iskandar Arshad.

Walaupun Korea Selatan dikatakan baru setahun jagung dalam sukan sepak takraw, kemampuan skuad negara itu tidak boleh diperkecil.

Lantaran itu, keluarlah kenyataan yang menaikkan kemarahan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) apabila Ketua Jurulatih Sepak Takraw Thailand, Kamol Tankimhong, menyatakan bahawa pada masa akan datang cabaran utama skuad sepak takraw Thailand ialah Korea Selatan dan bukannya Malaysia. Persoalannya, benarkah kenyataan itu menjadi realiti atau sekadar perang  psikologi Thailand kepada skuad sepak takraw negara?

Melihat dari segi graf prestasi semasa kenyataan Kamol itu mempunyai asasnya. Hal ini demikian kerana, kali terakhir Malaysia memenangi emas dalam temasya Sukan Asia adalah pada 1994, di Hiroshima, Jepun.

Selepas itu, “taring” skuad sepak takraw negara kian tumpul. Paling menyedihkan, skuad negara tersungkur di tangan lawan “kerdil” seperti Laos dan Korea Selatan masing-masing pada Sukan SEA 2009 di Laos (berpasukan separuh akhir) dan Piala Raja Thai pada 2010 (berpasukan separuh akhir).

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Januari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.