Oleh FADLI AL-AKITI

“Kota Rom tidak terbina dalam masa sehari”. David Teo, pengurus syarikat penerbit filem tempatan paling berjaya setakat ini sangat memahami peribahasa Inggeris tersebut.

Pagi Ahad itu di pejabatnya, beliau memerhatikan perjalanan majlis pratonton media yang bakal diadakan pada Rabu depan di Cathay Cineleisure untuk filem terbitannya yang ke-11 pada 2010 berjudul, Damping Malam. Menu hidangan makanan untuk para tetamu, cakera padat promosi, bahan edaran untuk media, dan teks ucapan alu-aluan, semuanya perlu diuruskan sebelum majlis pratonton tersebut berlangsung. “Kerja berat” masih perlu dibuat walaupun “tauke” filem ini sudah digelar sebagai “Shaw Brothers” kedua.

Gelaran “Shaw Brothers” tersebut pernah diberikan oleh seorang penerbit filem tempatan yang terkenal terhadap kejayaan yang dikecap oleh David Teo. Gelaran tersebut terus “melekat”, walaupun secara peribadi, David Teo agak kurang senang dengannya.

Rakan industri dan pengarah, Ahmad Idham, tidak bersetuju gelaran tersebut diguna pakai terhadap David Teo yang menerbitkan lebih daripada 20 buah filem arahannya.

“Ada perbezaan ketara antara Malay Film Prodcutions di bawah adik-beradik Shaw dengan MIG Productions milik David Teo. Memang secara umumnya kita boleh lihat persamaan dari segi kejayaan menaikkan nama pengarah Melayu dalam industri filem tempatan,” jelas Ahmad Idham kepada Dewan Masyarakat.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Januari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

RENCANA BEKAITAN Filem Seram Keempat Ahmad Idham.

VIDEO BERKAITAN 3 Perspektif David Teo.

Share

1 Maklum Balas

  1. CNA Training Komen:

    Superb blog post, I have book marked this internet site so ideally I’ll see much more on this subject in the foreseeable future!

    Dihantar pada 4 Januari, 2011, 2:37 pm

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.