WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.170.159' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.170.159','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Akal Orang Melayu Sedang Mengalami Krisis?','/?p=91','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh: HASSAN AHMAD

Baru-baru ini saya terbaca kenyataan dalam akhbar yang dibuat oleh seorang pegawai kanan kerajaan berbangsa Melayu yang “berasa sedih” melihat kebanyakan pegawai Melayu (dan mungkin juga bukan Melayu) yang bertugas di kedutaan dan perwakilan Malaysia di luar negara tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Saya berasa sedih membaca kenyataan itu dibuat oleh orang Melayu yang seolah-olah percaya bahawa seluruh umat manusia di dunia hari ini dianggap bodoh jika tidak berfikir dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Kenyataan ini merupakan penghinaan besar kepada umat manusia sejagat yang telah membina tamadun tinggi, mencipta ilmu tinggi, menghasilkan karya besar sastera, serta mengembangkan sains dan mencipta teknologi canggih dalam bahasa masing-masing.

Adakah pegawai Melayu yang membuat kenyataan itu tidak tahu bahawa di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan khasnya seperti United Nations Educational, Scientific and Cultural (UNESCO), bukan bahasa Inggeris sahaja yang digunakan sebagai bahasa rasminya, tetapi juga bahasa lain seperti bahasa Rusia, bahasa Cina, bahasa Perancis dan bahasa Arab?

Sebenarnya syarat untuk menjadikan sesuatu bahasa sebagai bahasa rasmi dalam forum antarabangsa ditentukan oleh bekas kuasa penjajah atau Negara Barat yang “menang perang” atau berdasarkan “kepentingan ideologi” masing-masing.

Jerman dan Jepun merupakan dua buah Negara yang maju ekonominya selepas Perang Dunia Kedua, tetapi mengapa bahasa mereka tidak digunakan sebagai bahasa rasmi dalam forum PBB? Sebabnya ialah Jerman dan Jepun kalah perang!

___

Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas wakil tetap Malaysia ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2010. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

RENCANA BERKAITAN Bahasa Kebangsaan Tidak Merendahkan Taraf Akademik.

Share

5 Maklum Balas

  1. RAFAIE BIN ISMAIL Komen:

    Assalamualaikum buat pembaca semua. Saya teruja membuat ulasan akan perkara ini disebabkan tersentuh juga dengan kenyataan saudara Hassan Ahmad yang kurang senang dengan sikap sesetengah pegawai kanan Melayu yang tidak selesa dengan kegagalan kebanyakan pegawai Melayu yang bertugas di kedutaan kita kurang fasih bahasa Inggeris. Realitinya teguran itu mungkin mahu menyedarkan orang ramai akan perihal pentingnya menguasai bahasa asing sebagai satu keperluan (hendaknya bukan satu pendaulatan) dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan bahasa kebangsaan. Realitinya dalam keadaan sekarang amat wajar untuk kita memikirkan perihal baiknya menguasai pelbagai bahasa berbanding sekadar tahu satu bahasa. Lebih banyak bahasa tentu lebih luas cakupan ilmu yang akan kita peroleh. Hendaknya kita tidak terlalu pesimis tentang banyak perkara.

    Dihantar pada 22 Februari, 2011, 9:45 pm

  2. admin Komen:

    Terima kasih Rafaie di atas ulasan yang diberikan.

    Dihantar pada 1 Mac, 2011, 4:24 pm

  3. Musang Si Guntang Komen:

    Ulasan :

    - Ada tempat kita perlu dan boleh bersikap pessimist.
    - Kenyataan saudara Rafaie adalah satu kenyataan umum.
    - Dalam kes ini artikel memberi maklumat tentang tempat berlaku isu ini.
    - maka Hujah pegawai Melayu itu ada benarnya kerana beliau menegur mereka yang
    bertugas di konsulat kedutaan yang memang perlu lancar dan fasih pengunaan bahasa
    inggeris (grammar,nouns…etc).
    - Hujah pegawai melayu tadi tidak menghina tamadun,socio-budaya..etc
    - Pengkritik yang dengan sendiri menarik isu kecil supaya masuk ke dalam gelanggang besar bagi menghentam pegawai tadi secara pukal (large)

    My other 20cent…thought yg terkeluar tajuk tapi barangkali boleh dihubungkaitkan :
    ————————————————————————————————

    - Bahasa itu medium komunikasi manusia.

    - Ilmulah yang mengerakkan Bahasa supaya diterima umum,dengan itu mereka yang ingin menguasai ilmu tadi perlu mempelajari bahasa yang menceritakan perihal ilmu tersebut.

    - ia bermaksud secara spesifik umum – bahasa memang memain perana dalam ketamadunan cth dalam sosial.

    - tapi ia bergantung kepada ketinggian ilmu dan penggunaan bahasa itu dalam perkara ,masa tertentu.
    - Jika ilmu yg disampaikan itu baik maka ketamadunan yang dibina membawa kebaikan,sebaliknya kemudaratan jika sebaliknya :

    Kerana cth :

    1. -Pengedar Dadah mexico di New York, berurusan penukaran dadah atau pemprosesan juga menguna bahasa inggeris , manakala pengedar dadah di malaysia mengunakan bahasa malaysia dalam mempelajari cara2 memrposesnya

    -Byk buku yg ditulis oleh tokoh tokoh agama /falsafah/science yg diterjemah ke bahasa tertntu khususnya inggeris jadi ini juga membantu kita dalam memahami/menguasai ilmu berkenaan.

    Barangkali juga kita tidak boleh meletakkan semua perkara di dalam satu bakul adalah kenyataan yang paling sesuai.Ini kerana kerap kali kilta melihat banyak artikel2 yg ditulis oleh penulis2 yang banyak mengunakan cara ini bagi membenamkan hujah pihak yang lain.

    cth : mematikan hujah dengan menggunakan ayat ” semua manusia itu tidak sempurna ” jika dilihat ayat ini memang benar.

    -Tapi perlu/sesuai digunakan pada tempat tertentu sahaja.Tidak boleh digunakan di dalam mahkamah oleh hakim yang sedang mempertimbangkan untuk membuat keputusan dalam kes berat seperti kes bunuh.

    cth dialog:

    HAKIM: Oleh kerana saya semua manusia itu tidak sempurna, maka saya bebaskan anda daripada kesalahan membunuh ini.sekian terima kasih.

    *Bagaimana pendapat Admin dan rakan yang lain tentang ulasan saya ini, mohon kritikan daripada anda .

    **Maaf di atas penggunaan bahasa secara rojak di atas.

    Dihantar pada 19 April, 2011, 8:29 am

  4. Musang Si Guntang Komen:

    Saya amat mengkagumi sentuhan isu-isu yang ditulis oleh anda kerana ia adalah perkara

    sebenar yang sedang berlaku dalam masyarakat kita, khususnya masyarakat melayu.

    Syabas dan terima kasih kepada anda Saudara Hassan Ahmad.

    Dihantar pada 19 April, 2011, 8:48 am

  5. azmi Komen:

    saya rasa, pihak admin (DBP) perlu bersikap neutral dalam hal yang diperkatakan ini. Mereka hanyalah pembicara dan pembuka gelanggang wacana.. bukan pemberi pandangan.

    Dihantar pada 15 Mei, 2011, 10:51 pm

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.