Oleh FADLI AL-AKITI

Prince of Persia: The Sands of Time, filem musim panas terbaharu dari Hollywood yang mencapai carta pecah panggung di pawagam seluruh Malaysia dalam tempoh dua minggu berturut-turut bermula 27 Mei 2010. Di Amerika Syarikat, filem ini hanya menduduki tangga keempat dengan jumlah kutipan AS$4 juta (RM14 juta) untuk minggu kedua tayangannya.

Jumlah kutipan ini menurun sekitar 11 peratus jika dibandingkan dengan jualan filem di Amerika Syarikat pada Mei 2009. Richard Corliss dari Times.com melaporkan bahawa penonton di Amerika Syarikat sekarang mula muak dengan tema, jalan cerita, dan kesan khas yang sama dalam filem Hollywood. Penonton di Amerika Syarikat mahu suatu kelainan.

Tahun lepas merupakan tahun kegemilangan filem Hollywood apabila berjaya menghasilkan beberapa buah filem musim panas yang baik seperti Star Trek, Up, District 9, The Hangover, Inglorious Basterds, The Blind Side, serta beberapa buah filem yang lain sebelum dilanda gergasi blokbuster terbesar, iaitu filem Avatar.

Malah peratus kutipan tiket pada musim panas di Amerika Syarikat melonjak sebanyak 20 peratus pada tahun lalu. Tahun ini, dengan deretan filem musim panas seperti Marmaduke, The Sex and the City 2, The Karate Kid, The A-Team, Toy Story 3, Shrek Forever After, The Twilight Saga: Eclipse, The Last Airbender, Predators, dan Salt, pembikin filem Hollywood hanya mengharapkan kitar semula filem atau siri televisyen untuk melonjakkan kutipan tiket di pawagam.

Filem Prince of Persia, tidak terkecuali dilabelkan sebagai sebuah filem “kitar semula” kerana diambil daripada sebuah permainan video. Prince of Persia pertama kali diperkenalkan dalam permainan video pada 1989 khusus untuk pengguna komputer peribadi dan Apple. Permainan ini kemudiannya melalui evolusi permainan video pada pertengahan 1990-an dengan judul, Prince of Persia: The Sands of Time.

Sudah tentu plot dan kompleksiti cerita daripada permainan videonya lain daripada filemnya yang memerlukan 116 minit untuk bercerita. Jerry Bruckheimer bertungkus-lumus bersama-sama Mike Newell sebagai pengarah, Boaz Yakin, serta penulis skrip Doug Miro dan Carlo Bernard untuk membawa permainan video ciptaan Jordan Mechner ini ke layar skrin.

___

Penulis Editor Dewan Masyarakat dalam talian.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

RENCANA BERKAITAN Trivia Prince of Persia: The Sands of Time.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.