• Sejak 1 Januari 2005, operasi perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur (Lembah Kelang), dan Putrajaya diuruskan oleh syarikat konsesi membabitkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Konsortium Abbas Sendirian Berhad, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sendirian Berhad, dan Puncak Niaga Sendirian Berhad.
  • National Water Resources Study (NWRS) dan SYABAS menyatakan bahawa krisis air yang sangat meruncing akan berlaku di Lembah Kelang pada 2013 kerana simpanan air untuk kegunaan penduduk Lembah Kelang semakin kritikal ekoran permintaan penggunaan yang semakin meningkat.
  • Catatan penggunaan meter air domestik di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya bagi tempoh Januari 2009 hingga Ogos 2009 ialah sebanyak 216 liter per kapita sehari.
  • Sebagai perbandingan, rakyat Singapura yang sangat sensitif dengan penggunaan air menggunakan155 liter sehari, manakala Thailand 90 liter sehari, Afrika 50 liter sehari, dan India 100 liter sehari.
  • Setakat ini, kapasiti penghasilan air terawat di Selangor berjumlah 4326 juta liter sehari. Menjelang 2012, peningkatan permintaan bekalan air terawat di Lembah Kelang diunjurkan meningkat kepada 4625 juta liter sehari. Hal ini bermakna, terdapat peningkatan permintaan sebanyak 6.9 peratus atau bersamaan 299 juta liter sehari.
  • Kerajaan Persekutuan di bawah pelan penstrukturan industri air di Selangor mahu berunding denganKerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan projek bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor untuk menhadapi krisis air di Lembah Kelang.
  • Projek bekalan air mentah ini hanya berjalan lancar jika pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dapat diteruskan mengikut perancangan.
  • Kerajaan Negeri Selangor melengah-lengah rundingan penstrukturan ini kerana berpendapat bahawa amaran krisis air di Lembah Kelang hanyalah propaganda Kerajaan Persekutuan.
  • Kerajaan Negeri Selangor mendakwa bahawa sebenarnya bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya mencukupi sehingga 2019 kerana masih terdapat pelbagai sumber air yang lain seperti air bawah tanah dan air tadahan hujan.
  • Krisis air di Lembah Kelang juga berpunca daripada masalah pengurusan bekalan air tidak berhasil [Non-Revenue Water (NRW)] yang terjadi akibat kebocorandan “kehilangan” air sewaktu disalurkan dari loji rawatan air kepada pengguna.
  • Selangor kini mencatatkan NRW sebanyak 32.36 peratus – antara yang tertinggi di Semenanjung.
  • Penggantian paip lama sebagai salah satu strategi SYABAS mengelakkan berlakunya NRW kini tergendala ekoran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara membekukan perbelanjaan modal (CAPEX) bagi menanggung kos kerja-kerja penggantian paip lama ini.

___

RENCANA BERKAITAN Daripada “Politik Pasir” kepada “Politik Air”, Krisis Air Lembah Kelang: Pengguna Teraniaya.

Share

1 Maklum Balas

  1. Fatimah Komen:

    Terima kasih di atas maklumat ini. Sekarang, fakta dan isu yang berkenaan masalah ini lebih jelas dan sampai kepada rakyat.

    Dihantar pada 14 Disember, 2010, 8:32 am

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.