WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Cabaran Palanivel','/?p=850','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh SIVAMURUGAN PANDIAN

Pada September lalu, Datuk Seri S. Samy Vellu mengumumkan pengundurannya daripada jawatan Presiden MIC yang disandangnya selama 31 tahun pada Januari 2011. Bagi ahli MIC,  pengumuman tersebut bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana beberapa “petanda” sudah pun diberikan oleh Samy kepada perwakilan MIC dalam siri perjumpaannya di seluruh negara.

Mereka yang lahir selepas 1979 hanya mengenali seorang sahaja Presiden MIC, iaitu Samy Vellu yang bertahan untuk 11 penggal. MIC berlegar di bawah lingkaran seorang Presiden yang memangku jawatan ini bermula 12 Oktober 1979 hingga 21 Mac 1981 sebelum dilantik secara rasmi menjadi Presiden MIC yang ketujuh. Hal ini demikian kerana Presiden MIC terdahulu, mendiang Tan Sri Manikavasagam, meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung pada 1979.

Timbalan Presiden MIC sekarang, Senator Datuk G. Palanivel diumumkan sebagai pengganti Samy dan transisi tersebut dijangka berjalan lancar walaupun wujud pelbagai spekulasi untuk menyegerakan pemilihan Presiden MIC yang sepatutnya diadakan pada Mac 2012. Banyak pihak yang tidak mahu Palanivel melalui proses yang sama sebagaimana yang dilalui Samy Vellu pada 1979. Untuk rekod, Palanivel pernah diuji dalam dua pemilihan jawatan Timbalan Presiden, iaitu pada 2006 dan 2009.

Pada pemilihan 2006, Samy Vellu secara terbuka menyatakan sokongan kepada Palanivel dan menamakannya untuk berhadapan dengan Timbalan Presiden MIC ketika itu, Datuk S. Subramaniam.

___

Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Disember 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.