WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.103.239' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.103.239','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Kewajaran Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan','/?p=840','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh ROHAIDAH MASHUDI dan J. SHAM WAHID

Apabila mula-mula diperkenalkan pada dekad 1960-an, kempen ini dikenali sebagai Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan yang disambut dan diwarnai dengan pelbagai kegiatan bahasa. Perubahan demi perubahan dilalui dalam menyambut kempen ini, malah pengisian dalam sambutannya juga semakin bertambah.

Demi meneruskan tradisi, maka kempen ini diteruskan pada setiap tahun, malah dengan nama yang ditukar kepada Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) pada 2009. Sebelum 2009, telah ada program pemerkasaan bahasa dikenali sebagai Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN), lanjutan daripada minggu sastera.

Dengan mempunyai beberapa tujuan utama, BBK digerakkan ke seluruh Malaysia menerusi kegiatan bahasa yang dijalankan.

Namun, sejauh manakah masyarakat memahami tujuan BBK. Jadi, wajar untuk meneliti tujuan utama BBK, iaitu;
• Memantapkan, memperkukuh, dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.

• Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.

• Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.

• Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan Negara bangsa.

Seharusnya tinjauan dapat dilakukan oleh pihak tertentu dalam mendapatkan maklum balas kepada sambutan BBK ini. Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengisytiharkan bulan Oktober sebagai BBK mulai 2009, sewajarnya semua pihak membuat perancangan rapi untuk sama-sama memeriahkan dan mengambil bahagian dalam menjayakan kempen ini.

Selaras dengan konsep Satu Malaysia, maka pada Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Haji Muhyiddin Yassin menyempurnakan BBK 2010 dengan tema “1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara”. Walaupun segala aktiviti bahasa yang melibatkan pelajar sekolah, pihak kerajaan, swasta, dan orang awam, telah berjalan sebelum pelancaran kempen, keberkesanannya dapat dilihat hasil daripada gandingan semua pihak.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Disember 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

RENCANA BERKAITAN Bahasa Kebangsaan Tidak Merendahkan Taraf Akademik, Bahasa Melayu Hak Rakyat Malaysia.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.