Oleh MUHAMAD HAFFY ZIKRY

Sejak kebelakangan ini untung nasib akhbar dibangkitkan oleh pelbagai pihak. Ada pihak yang menganggap bahawa masa depan akhbar di Malaysia bakal mencapai titik penamatnya.

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mengubah sama sekali dunia persuratkhabaran. Kesannya bukan sahaja dirasakan di negara ini, malah di serata dunia. Perkembangan media baharu dalam TMK menyebabkan banyak akhbar terpaksa ditutup penerbitannya atau dirombak pengisiannya agar dapat bertahan dan terus diterima.

Akhbar sekarang dikatakan hanya menjadi bahan bacaan golongan berusia. Majoriti generasi baharu yang membesar dalam ledakan TMK pula lebih berminat kepada media baharu. Bagi mereka, media baharu lebih bebas dan menyajikan berita yang tidak diterbitkan dalam media arus perdana.

Kejatuhan edaran akhbar terutamanya akhbar arus perdana berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, menimbulkan banyak persoalan. Adakah akhbar Melayu arus perdana masih relevan dan mampu bertahan? Mengapakah pada masa yang sama jualan akhbar tabloid Melayu seperti Harian Metro, Kosmo, dan Sinar Harian mencatat peningkatan jualan?

Melihat kepada dua senario berbeza ini, ada pihak yang yakin bahawa akhbar Melayu masih mampu bertahan dan kejatuhan jumlah edaran tidak boleh dijadikan kayu pengukur tentang masa depan dan kelangsungannya.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Disember 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

RENCANA BERKAITAN Kuasa Magis Media Sosial.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.