WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '107.22.48.243' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','107.22.48.243','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Akhirnya Mbah Ditelan Merapi','/?p=834','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh G. MANIMARAN

Daripada ratusan mangsa yang terbunuh dalam tragedi terbaru letusan Gunung Merapi, kematian Mbah Maridjan, “jurukunci” Merapi yang berkeras enggan meninggalkan gunung berapi yang berusia 400 ribu tahun itu amat menyentuh perasaan banyak pihak.

Dia yang berusia 83 tahun dipercayai meninggal dunia dalam kejadian letusan Gunung Merapi akhir Oktober lalu. Beberapa hari sebelum peristiwa itu, Mbah Maridjan dilaporkan memberitahu saudara-maranya bahawa dia tidak akan meninggalkan kawasan Gunung Merapi kerana mahu terus memikul amanah sebagai Abdi Dalem Kraton Jogja yang bermaksud, menghambakan diri kepada Sultan Jogja sebagai penjaga gunung itu.

Selepas pemantauan selama lapan dekad, Gunung Merapi yang bermaksud “gunung yang berapi”, akhirnya mengganas pada 26 Oktober lalu. Sebenarnya letusan Merapi ini juga muncul sebagai bencana berkembar memandangkan pada masa yang sama, Indonesia kematian sekitar 400 orang rakyatnya akibat tsunami sejurus selepas gempa bumi dengan kekuatan 7.7 pada skala Richter yang melanda Mentawai, Sumatera Barat.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, yang berada di Hanoi bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-17 dan beberapa mesyuarat berkaitan, pulang ke negaranya lebih awal daripada yang dijadualkan.

Merapi disenaraikan sebagai antara gunung berapi yang “muda” dalam kumpulan gunung berapi di selatan Jawa. Terletak di Plat Indo-Australia, Merapi juga merupakan salah satu daripada 129 gunung berapi yang aktif di Lingkaran Api Pasifik di Indonesia yang merangkumi Hemisfera Barat melalui Jepun dan Asia Tenggara.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Disember 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.