WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; &#8220;Adakah Saya Layak Menjadi Rakyat Malaysia?&#8221;','/?p=830','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Seorang saudara terdekat penulis baru-baru ini menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Pembedahan tersebut selamat dijalankan dan saudara terdekat penulis itu sekarang berada dalam keadaan yang stabil.

Sepanjang beliau berada di IJN, penulis beberapa kali pergi melawatnya. Setiap kali berada di IJN, penulis cukup kagum melihat kemudahan yang diberikan oleh IJN kepada pesakit dan pengunjung. IJN selaku salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), nyata sudah mencapai standard mutu perkhidmatan dalam kelas tersendiri.

Memandangkan saudara terdekat penulis itu merupakan pesara kerajaan, kos pembedahan pintasan jantung tersebut yang menelan perbelanjaan berpuluh-puluh ribu ringgit ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Khabarnya, selain kakitangan kerajaan atau pesara, IJN turut mempunyai tabung khas untuk membantu sesiapa sahaja pesakit yang kurang mampu membayar kos pembedahan jantung. Sudah banyak pesakit yang mendapat manfaat daripada tabung khas tersebut.

IJN merupakan salah satu bukti kesungguhan kerajaan mahu memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat negara ini. Misalnya pada Belanjawan 2011, sebanyak RM15.2 bilion diperuntukkan bagi membina hospital baharu, menambah bilangan doktor mahupun jururawat, serta bekalan ubat dan peralatan perubatan.

Mungkin ada orang yang skeptikal dengan penjelasan penulis ini kerana bagi mereka kemudahan dan kos rawatan kesihatan kononnya merupakan tanggungjawab asas yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Pandangan sebegini sebenarnya tidak benar sama sekali.

Ambil sahaja contoh di Amerika Syarikat, negara paling maju, paling berkuasa, dan begitu dominan dalam landskap politik dunia. Sedar atau tidak, hampir satu abad pemerintah Amerika Syarikat gagal menyediakan faedah kesihatan universal untuk rakyatnya sedangkan kos perbelanjaan kesihatan di Amerika Syarikat semakin meningkat. Misalnya pada 2008, bagi setiap AS$6 dolar yang dibelanjakan oleh rakyat Amerika Syarikat, AS$1 dolar terpaksa digunakan untuk membiayai perbelanjaan kesihatan.

Hanya pada 21 Mac 2010, Kongres Amerika Syarikat setelah setahun “bergaduh” sesama mereka, meluluskan Rang Undang-undang Pembaharuan Penjagaan Kesihatan kepada rakyat Amerika Syarikat. Kurang daripada enam bulan lalu, barulah hampir 95 peratus rakyat Amerika Syarikat dilindungi faedah kesihatan.

Sedangkan Kerajaan Malaysia pula, sejak merdeka 53 tahun dahulu, sudah menyediakan faedah kesihatan yang menyeluruh kepada rakyatnya. Setiap tahun, berbilion-bilion ringgit dihabiskan oleh kerajaan untuk menanggung perbelanjaan kesihatan rakyat negara ini.

Jika masih ada individu yang tidak tahu bersyukur dengan segala kemudahan perubatan yang diberikan ini, penulis cadangkan individu terbabit berdiri di hadapan cermin dan bertanya, “Adakah saya layak menjadi rakyat Malaysia?”

Mohd. Shukri Mohd. Ariff
shukri_m@dbp.gov.my

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.