WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Kemusnahan Masjid Babri Dirancang?','/?p=819','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh MOHD. IZHAR ABU SAMAH

Punca ketegangan kaum antara penganut Hindu dengan umat Islam di India berhubung dengan isu Masjid Babri di Ayodhya, perlu dilihat dari sudut sejarah. Masjid yang dibina oleh Maharaja Babur daripada Dinasti Mogul pada 1527 itu bukan sahaja penting dari segi sejarah peradaban Islam di India, tetapi juga dianggap sebagai titik bermulanya konflik antara penganut Hindu dengan umat Islam di negara itu.

Pertikaian pihak mana yang sebenarnya berhak ke atas masjid bersejarah tersebut bermula sejak 1853 – kedua-dua belah pihak (penganut Hindu dan umat Islam) saling menuntut dan mengakui masjid itu merupakan hak mereka yang perlu dipertahankan. Walaupun berada dalam penguasaan umat Islam sejak 1527, keinginan penganut Hindu untuk mengambil alih masjid tersebut tidak  pernah padam.

Keganasan pertama membabitkan hak milik ke atas Masjid Babri ini bermula pada 1859 apabila kedua-dua belah pihak menyerang antara satu sama lain sehingga memaksa penjajah British membina pagar bagi memisahkan kedua-dua belah pihak. Umat Islam diberikan hak untuk beribadat di dalam masjid, manakala penganut Hindu diberikan hak untuk beribadat di bahagian luar masjid.

Keputusan Kerajaan British tersebut bagaimanapun tidak memuaskan hati penganut Hindu dan tanpa disedari oleh umat Islam, pada 1949 mereka berjaya meletakkan patung Dewa Ram di satu sudut terlindung di dalam masjid. Tindakan itu menimbulkan kemarahan umat Islam sehingga menimbulkan ketegangan.

Kegagalan mencari kata sepakat memaksa kedua-dua belah pihak membawa pertikaian itu ke mahkamah. Bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk, Kerajaan India mengambil keputusan mengunci pagar bangunan masjid dan melarang kedua-dua belah pihak menggunakannya untuk tujuan ibadat.

Dalam tempoh tersebut, banyak insiden dan cubaan yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak untuk menguasai tapak bersejarah itu. Banyak tindakan yang dibuat oleh Kerajaan India dilihat memihak kepada penganut Hindu sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa kurang senang umat Islam.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Disember 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.