Oleh HARIS ZALKAPLI

Pada 9 Jun yang lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengenakan sekatan terbaharu ke atas Iran selepas berlangsung berbulan-bulan rundingan antara Iran  dengan wakil PBB.

Dalam konteks hubungan Amerika Syarikat dengan Rusia – dan juga Rusia dengan China – perkembangan terbaru kes Iran ini menjelaskan satu kerjasama dan persaingan yang kompleks melibatkan tiga buah negara kuasa besar – Amerika Syarikat, Rusia dan China.

Dalam konteks reset, iaitu pemulihan hubungan Washington dengan Moscow, sekatan terbaharu ke atas Iran ini menunjukkan kesediaan Rusia berkerjasama dengan Amerika Syarikat dalam menangani sesuatu isu besar yang melibatkan kepentingan bersama. Rusia merupakan sekutu penting kepada Iran, bekerjasama dalam politik antarabangsa dan serantau, selain melibatkan perdagangan senjata dan teknologi, terutama nuklear.

Kesediaan Kremlin di bawah kekuasaan Presiden Dmitri Medvedev dan Perdana Menteri Vladimir Putin melakukan tindakan yang selari dengan agenda Amerika Syarikat iaitu mengenakan sekatan terhadap Iran menunjukkan bahawa wujud kepentingan lain yang juga penting kepada Rusia, selain hubungan dengan Iran.

Dua buah negara yang turut terlibat dalam perubahan sikap Rusia terhadap Iran ini ialah India dan Israel – negara yang mampu memberikan kesan terhadap kedudukan Rusia sebagai salah kuasa besar dunia.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Disember 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.