Oleh FADLI AL-AKITI
Kelihatan wajah-wajah karyawan filem yang ceria dan melirik senyum, tetapi ada juga yang melangkah pergi sebaik sahaja filem Magika diumumkan oleh pengacara majlis sebagai Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23. Keputusan pada malam kemuncak 24 Oktober itu jelas membuktikan bahawa tidak ada ertinya membikin filem tempatan yang bermutu untuk memenangi anugerah di FFM.
Mendung ini dijejaki sejak tahun lepas apabila pengkritik filem dan panitia Festival Filem Antarabangsa Venice, Paolo Bertolin, menyatakan bahawa FFM tidak perlu digusarkan kerana kehadirannya tidak relevan! Ketika Bertolin mengeluarkan komen tersebut, FFM ke-22 berlangsung di Kota Kinabalu. Ketika itu filem Papadom memenangi Anugerah Filem Terbaik, Allahyarham Yasmin Ahmad memenangi Anugerah Pengarah Terbaik (Talentime), Afdlin Shauki mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Papadom), dan Liyana Jasmay mendapat Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Papadom). Pada malam itu juga Papadom berjaya merangkul lima anugerah.
Isu yang paling menjelikkan pemerhati filem tempatan pada FFM tahun itu adalah cara beberapa pencalonan dikategorikan dan bagaimana beberapa buah filem Malaysia yang berjaya melintas ke festival filem antarabangsa dipandang remeh dan tidak mendapat pencalonan yang sepatutnya.
Sekali lagi pada tahun ini pemerhati filem dikejutkan dengan deretan filem yang dipilih untuk merangkul pelbagai anugerah. Lebih memeranjatkan adalah senarai pencalonan yang dipilih dalam beberapa kategori yang dipertandingkan. Kali ini, bukan sahaja senarai pencalonannya dipersoalkan, tetapi kemenangan beberapa pemenang FFM ke-23 dipertikaikan.
___
Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Disember 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.
RENCANA BERKAITAN Menjejaki Kontroversi Festival Filem Malaysia, Mampukah Filem Kita ke Persada Dunia?
Zery Komen:
Memang FFM banyak sangat kontroversi!
Dihantar pada 14 Disember, 2010, 8:31 am