WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Krisis Air Lembah Kelang: Pengguna Teraniaya','/?p=764','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh MOHD. SHUKRI MOHD. ARIFF

Penduduk Lembah Kelang bakal mengalami catuan air pada 2013. Krisis air terburuk di Melaka pada 1991 yang menyaksikan penduduk negeri itu berhadapan dengan catuan air selama tiga bulan, bakal dialami pula oleh penduduk Lembah Kelang tiga tahun dari sekarang.

Fakta di atas bukan bersifat spekulasi, tetapi berdasarkan kajian National Water Resources Study (NWRS) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sendirian Berhad (SYABAS) baru-baru ini yang menyatakan bahawa krisis air yang sangat meruncing akan berlaku di Lembah Kelang pada 2013. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) sudah mengeluarkan amaran bahawa masalah simpanan air di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya sekarang mencapai tahap yang kritikal.

Menurut bekas Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM), S. Piarapakaran, dalam kenyataan medianya di sebuah akhbar arus perdana baru-baru ini, pertambahan penduduk dan pengguna industri komersial menyebabkan permintaan bekalan air bersih di Lembah Kelang semakin meningkat dan jika tiada persiapan untuk memenuhi permintaan ini, krisis air yang serius akan berlaku.

“Amaran krisis air bakal dihadapi warga Lembah Klang dua tahun dari sekarang tidak boleh dipandang ringan,” kata S, Piarapakaran.

Setakat ini, kapasiti penghasilan air terawat di Selangor berjumlah 4326 juta liter sehari. Menjelang 2012, peningkatan permintaan bekalan air terawat di Lembah Kelang diunjurkan meningkat kepada 4625 juta liter sehari. Hal ini bermakna, terdapat peningkatan permintaan sebanyak 6.9 peratus atau bersamaan 299 juta liter sehari. Berikutan itu, Selangor perlu mempunyai simpanan air dan bukan defisit menjelang 2012 bagi memastikan krisis bekalan air tidak berlaku.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Disember 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

RENCANA BERKAITAN Daripada “Politik Pasir” kepada “Politik Air”, Fakta Penting Krisis Air Lembah Kelang.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.