WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.162.173.119' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.162.173.119','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Mampukah Filem Kita ke Persada Dunia?','/?p=755','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Kontroversi masih kedengaran digembar-gemburkan dalam kalangan pembikin filem seusai acara kemuncak Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 yang berlangsung pada 24 Oktober 2010 di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Sindiran dan cemuhan para artis terhadap kemenangan beberapa calon dapat dibaca dalam media sosial Twitter dan Facebook. Tidak kurang juga beberapa tokoh selebriti diwawancara kerana tidak berpuas hati dengan keputusan juri. Bulan November kecoh lagi apabila seorang artis bertikam lidah dalam sebuah siaran hiburan televisyen sehingga melibatkan hal peribadi pemenang apabila tidak berpuas hati dengan keputusan juri.

Rata-rata, rasa tidak puas hati tersebut terletak kepada senarai pemenang, sehingga menimbulkan isu profesionalisme para juri dan impian FFM untuk menjadikan “Filem Malaysia ke Persada Dunia”.

Sememangnya, kritikan dan cemuhan agak senang diberikan terhadap FFM ke-23. Oleh sebab yang demikian, sekurang-kurangnya FINAS serta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menganjurkan FFM kali ini masih boleh mendabik dada kerana berjaya menjalankan Forum Pembentangan Kupasan Penemuan Kajian Penontonan Filem Cereka di Malaysia sempena FFM ke-23. Forum yang berlangsung pada 22 Oktober di Pawagam Mini P. Ramlee telah menghimpunkan sekumpulan para akademik filem, wartawan dan pembikin filem untuk sama-sama berkongsi data dan ilmu berkenaan kemahuan sebenar penonton Malaysia.

Majlis itu telah memberi pendedahan yang amat teliti tentang genre filem yang disukai penonton mengikut demografi yang tertentu. Mereka juga telah membentang faktor pujaan dan penanda aras penonton tempatan terhadap filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai filem Melayu yang terunggul dan perlu dikaji untuk mencari “Faktor Kejayaan P. Ramlee”. Isu tentang matlamat mencapai satu juta penonton filem Malaysia serta masalah pembiayaan dan perbelanjaan filem tempatan turut diperbincangkan. Sedikit sebanyak, forum itu telah mengubati kerelevan FFM atas penemuan serta perbincangan yang berlaku antara beberapa tokoh filem dan akademik pada hari itu.

Walaupun begitu, forum itu hanya “penting” terutama kepada pembikin filem tempatan sahaja. FFM masih dipandang sepi oleh pemerhati filem saban tahun, terutamanya dari pihak antarabangsa. Kemenangan di FFM kelihatan lebih seperti kemenangan “jaguh kampung”.

Di dalam buku tahunan filem yang menjadi rujukan utama pemerhati filem seluruh dunia, Variety International Film Guide, ulasan filem dari Malaysia tidak pernah menyiarkan senarai pemenang FFM di dalam buku itu.

Hal ini berlawan dengan negara Peranchis di mana acara penganugerahan kebangsaan tahunan mereka, Anugerah Akademi César Peranchis disertakan dalam buku tersebut setiap tahun sebagai tanda perujuk pemerhati filem antarabangsa untuk mengikuti perkembangan filem di Peranchis. Begitu juga dengan anugerah BAFTA di United Kingdom dan anugerah Golden Horse di Taiwan.

Iran juga dipandang tinggi oleh pemerhati antarabangsa dengan Festival Filem Fajr yang bermula pada 1985, lima tahum muda daripada FFM. Pun begitu, festival ini dikerumuni pembikin dan pengkritik filem antarabangsa, bukan sahaja kerana pencalonan Filem Luar Negara Terbaik yang diadakan sejak 1990, tetapi ketegasan para juri dalam memilih calon pemenang. Dalam sejarah festival itu, tidak ada Filem Terbaik yang berjaya dimiliki pada 1988, 1991, 1999 dan 2000 oleh sebab para jurinya melihatkan tidak ada filem bertanding yang layak. Festival filem kebangsaan tersebut merupakan antara festival filem yang diikuti dengan penuh minat oleh pemerhati antarabangsa. Tidak hairanlah kenapa filem-filem Iran diikuti dan diminati di seluruh dunia.

Paradigma FFM mungkin memerlukan anjakan sebegitu jika festival kebangsaan berkenaan benar-benar mahu melihat filem tempatan mengharungi “persada dunia”.

Fadli al-Akiti
fadhli@dbp.gov.my

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.