WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Harry Potter: Tirai Terakhir Bermula','/?p=744','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh FADLI AL-AKITI

Selamat tinggal Harry Potter! Begitulah suara tangisan berjuta peminat francais fantasi kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia apabila filem terakhir (bahagian pertama) siri itu melabuhkan tirainya. Dengan kehadiran Hari Natal, Harry Potter and the Deathly Hallows Bahagian 1 ditayangkan kepada peminatnya di Malaysia bermula 18 November 2010. Yang menariknya, Malaysia antara negara pertama mendapat penghormatan tayangan serentak dengan beberapa bandar utama di seluruh dunia.

Di London dan serata pawagam England, peminat Harry Potter sanggup tidur di luar dewan pawagam untuk menjadi orang pertama membeli tiket pada hari pembukaan tayangan filem tersebut. Sebanyak seribu tayangan di seluruh Amerika Syarikat dan United Kingdom sudah ditempah sebelum filem itu ditayangkan!

Rata-rata peminat novel J. K. Rowling yang menonton filem tersebut pada malam tayangan perdana serta pratonton media memberi reaksi positif. Malah ada yang mengumumkan filem ketujuh siri tersebut merupakan filem terbaik dalam siri fantasi magis sejak sembilan tahun yang lepas.

Ada juga pengkritik yang masih tidak terpaku dengan kehebatan fenomena budak lelaki bercermin mata bulat dengan tongkat saktinya. Pengkritik filem daripada Total Film mendedahkan bahawa francais siri terakhir filem tersebut “membuang masa”, “akan dilupai” dan mempunyai agenda untuk memecahkan filem itu kepada dua bahagian (bahagian keduanya akan ditayangkan pada 14 Julai tahun depan).

David Heymen, penerbit siri filem tersebut menyatakan bahawa pemecahan filem terakhir siri tersebut kepada dua bahagian merupakan pelanggaran tradisi yang tidak dapat dielakkan. Heymen menjelaskan bahawa sewaktu Steve Kloves (penulis skrip) sedang mengadaptasi novel tersebut ke skrip, terlalu banyak elemen yang dibuang dan ini tidak memberikan keadilan terhadap novel J. K. Rowling.

Penerbit David Barron juga bersetuju dengan pendapat Heymen dan menyatakan bahawa buku ketujuh ini lebih mementingkan resolusi – mengisi ruang dan baris yang ditinggalkan dalam buku-buku sebelumnya.

David Yates, pengarah filem terakhir filem ini yang turut mengarah dua buah filem Harry Potter, iaitu Harry Potter and the Order of the Phoenix dan Harry Potter and the Half-Blood Prince menyatakan bahawa filem Harry Potter and the Deathly Hallows Bahagian 1 memecah tradisi dengan mengambil watak utama daripada latar biasa mereka, iaitu sekolah seni magis Hogwarts.

“Kita dibawa jauh dari persekitaran magikal Hogwarts, yang mana merupakan sebuah tempat yang selamat walaupun wataknya menghadapi pelbagai kembara bahaya. Kini, Harry, Ron dan Hermione cuba menyelamatkan diri di tengah-tengah dunia yang berbahaya. Mereka terasa terperangkap, sunyi dan tidak terdaya. Ini membuatkan aksi pengembaraan mereka lebih merumitkan dan mematangkan,” jelas Yates.

Daniel Radcliffe yang memegang watak sebagai Harry Potter bersetuju dengan pandangan Yates. “Saya rasa filem kali ini memberi ton dewasa kerana watak kami tidak lagi bersekolah, tetapi mengembara untuk menumpaskan kuasa jahat,” ujar Daniel Radcliffe.

Filem tersebut bermula dengan sebuah babak jamuan makan malam antara Voldermort (Ralph Fiennes) dengan konco-konconya di dalam sebuah rumah agam. Babak tersebut telah memecah tradisi yang selalu “diamalkan” dalam filem Harry Potter sebelumnya, iaitu babak jamuan makan malam di dewan jamuan sekolah Hogwarts. Perkara ini menjadi penanda bahawa filem ketujuh (dan kelapan) Harry Potter sudah lari daripada kebiasaan yang pastinya mengejutkan penonton dalam mengkhatamkan riwayat Harry Potter dan seteru utamanya, Voldermort.

Share

2 Maklum Balas

  1. Rozy Komen:

    Harry Potter memang seronok!

    Dihantar pada 14 Disember, 2010, 8:38 am

  2. Feerah Komen:

    Saya tidak merasakan filem ini sebenar-benarnya untuk mengaut keuntungan. Filem ini sememangnya dibikin dengan kesedaran bahawa peminat HP menjadi tunjang pemerhati pertama yang akan mengkritik, oleh sebab itu, filem ini terpaksa dipecah kepada dua bahagian. Sebagai peminat, saya setuju dengan pemilihan pembikin filem ini.

    Dihantar pada 15 Disember, 2010, 12:09 am

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.