Oleh NOOR AZAM SHAIRI

Apabila Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak melangkah ke rostrum dalam Persidangan Invest Malaysia 2010 di Hotel Shangri-La di Kuala Lumpur pada 30 Mac lalu, banyak pihak sedia maklum bahawa beliau bakal menyampaikan satu ucapan yang cukup penting.

Ucapan Najib itu mengemukakan satu gagasan negara dikenali sebagai Model Ekonomi Baru (MEB) yang bakal mengangkat darjat ekonomi negara dan martabat kehidupan rakyat. Bertahun-tahun dari sekarang gagasan dalam ucapan itu akan dikupas oleh cendekiawan khususnya pengkaji ekonomi, sosial, dan politik dengan lebih mendalam.

Intipati MEB yang dikemukakan dalam ucapan Najib semasa persidangan tersebut dan bahagian kedua MEB dengan perincian yang lebih mendalam pada Julai ini, semestinya menjadi legasi Najib sebagai Perdana Menteri yang keenam. Ucapannya pada Mac lalu, menyemak semula satu bab penting dalam sejarah negara dan disifatkan sebagai seruan untuk negara ini bergerak ke hadapan. Najib mengemukakan cita-cita ekonomi yang mampu meningkatkan tahap pendapatan rakyat dan negara.

Pada masa yang sama, beliau menetapkan cabaran untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mapan. Yang paling penting, Najib mahu melibatkan semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama memacu agenda perubahan itu serta kemudiannya menikmati kemakmuran yang ada dan bakal tiba.

Gagasan MEB bakal menjadi kompas untuk negara mengharungi cabaran politik, ekonomi dan sosial semasa. Gagasan ini juga merupakan gambaran lanjutan daripada ikrar “perubahan” yang Najib nyatakan pada minggu-minggu awal selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

RENCANA BERKAITAN Perlukah Teks Ekonomi Ditulis Semula?, Indeks Kompetetif IMD: Satu Pandangan Baharu.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.