WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.81.71.219' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.81.71.219','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Politik Masjid di Manhattan','/?p=709','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh ZULKIFLI SALLEH

Sesuatu kelihatan aneh di Amerika Syarikat, ekoran beberapa bulan lalu akhbar The New York Times melaporkan rancangan pembinaan masjid dan pusat Islam berhampiran dengan Ground Zero, yang andainya ahli politik, terutamanya daripada Parti Republikan mula “melalak”, bagaikan dirasuk oleh bayang-bayang yang mengerikan daripada runtuhan Menara Berkembar New York.

Suasana hiruk-pikuk ini berpunca daripada sokongan Presiden Barack Obama terhadap rancangan itu, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Separuh Penggal Amerika Syarikat pada November ini. Obama didakwa mengubah pertarungan terhadap rancangan pembinaan Cordoba House yang kini digelar Park51 menjadi debat nasional tentang kebebasan agama, meskipun selepas itu, Setiausaha Akhbar beliau, Robert Gibbs memaklumkan bahawa Presiden tidak mahu “terlibat dalam membuat keputusan tempatan.”

Republikan berkokok lantang tentang bagaimana Obama mengambil pendirian terhadap Islam yang hanya menjadi pegangan minoriti rakyat Amerika Syarikat, manakala yang lain seakan-akan tidak percaya bagaimana Obama boleh berpendirian begitu. Anggota Parti Demokrat pula dikatakan berbisik antara satu sama lain sambil mendakwa bahawa pendirian Presiden itu menjejaskan peluang mereka dalam Pilihan Raya Separuh Penggal Amerika Syarikat.

Dalam pilihan raya itu nanti, daripada 100 kerusi Senat, dipercayai 46 kerusi terus memihak kepada Demokrat, 36 kerusi untuk Republikan, manakala bakinya, 18 kerusi dalam pertaruhan. Bagi kerusi Perwakilan pula, 168 kerusi dijangka dimenangi Demokrat, 163 kerusi untuk Republikan, manakala 104 kerusi lagi dalam pertaruhan. Sementara untuk kerusi gabenor, sembilan buah negeri diramalkan dimenangi Demokrat, 13 buah negeri untuk Republikan, dan 28 buah negeri dalam pertaruhan.

Dengan keadaan ekonomi Amerika Syarikat yang mungkin terjebak dalam kemelesetan curam berganda dan pengangguran yang tinggi, kira-kira 9.5 peratus, banyak cerdik pandai dan laporan media menjangkakan laluan yang sukar bagi Demokrat dalam Pilihan Raya Separuh Penggal Amerika Syarikat.

Sebelum meletusnyanya isu pembinaan masjid dan pusat Islam, kemuraman ekonomi Amerika Syarikat banyak mencorakkan pilihan raya itu. Obama pula terpaksa bergelut dengan tanggapan salah tentang dirinya: tempat lahir dan agamanya yang sebenar.

___

Penulis bekas Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat November 2010.  Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.  Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.