WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Polemik Ranking Universiti','/?p=704','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh MOHD. IZANI MOHD. ZAIN

Mutakhir ini banyak pihak tertanya-tanya mengapa tidak ada sebuah pun nama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan yang tercatat dalam senarai penarafan Times Higher Education-World University Rankings (THE WUR) 2010 – 2011, berbanding dengan sebelum ini (2004 – 2009). Ada pihak yang terus membuat tanggapan bahawa IPTA di negara ini semakin tidak berkualiti sehingga gagal memasuki senarai universiti terbaik dunia.

Sebenarnya, hal demikian berlaku disebabkan perubahan metodologi penarafan THE yang banyak memberikan penumpuan terhadap pencapaian sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam aspek penyelidikan dan pemetikan (citation). IPTA di Malaysia memerlukan banyak ruang penambahbaikan dalam dua aspek ini.

Sebanyak 600 buah IPT di seluruh dunia diminta oleh THE untuk mengemukakan data bagi tujuan saringan awal kajian prestasi dan analisis pemetikan yang menggunakan pangkalan data Thomson. THE meletakkan keutamaan kepada kekuatan penerbitan makalah dalam jurnal yang diiktiraf bagi setiap staf akademik serta aktiviti penyelidikan dan pengajaran untuk memastikan IPT melepasi titik ambang yang ditentukan sebelum penilaian selanjutnya dijalankan.

Lima buah IPTA bertaraf Universiti Penyelidikan (RU) di negara ini, iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengesahkan bahawa mereka tidak menyertai eksais THE. Hal ini menyebabkan semua IPTA terbabit tidak tersenarai dalam kedudukan 400 teratas THE WUR 2010 hingga 2011. Kelima-lima buah RU ini juga tidak menyerahkan data kepada THE untuk dinilai sepenuhnya kerana perubahan terbaharu metodologi THE.

Dalam hal ini, kekurangan jumlah pemetikan merupakan antara kelemahan IPTA di negara ini sehingga menyebabkan ketiadaan penyenaraian IPTA tempatan dalam senarai penarafan THE. IPTA di Malaysia masih belum menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pemetikan dan penerbitan, walhal THE meletakkan 32.5 peratus aspek ini untuk menilai dam memberikan penarafan. Begitu juga dengan aspek penyelidikan yang diperuntukkan markah 30 peratus oleh THE dalam membuat penarafan yang turut mengekang keupayaan IPTA tempatan mendapat markah yang baik. Lebih menyukarkan keadaan, pencapaian dalam penyelidikan dan pemetikan itu diambil 10 tahun ke belakang.

___

Penulis Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengajian Tinggi.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat November 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.