WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Rentak Pengundi Muda di Malaysia','/?p=697','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh NOOR SULASTRY YURNI AHMAD

Perbincangan politik di Malaysia mutakhir ini sering kali memfokuskan keterlibatan golongan muda dalam aktiviti berpolitik dan hak mereka sebagai pengundi.

Baru-baru ini Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad bin Wan Omar mengumumkan bahawa sebanyak 4.3 juta orang yang berumur 40 tahun ke bawah (kategori golongan muda) belum mendaftar sebagai pengundi. Sebanyak 30 peratus rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk mengundi mensia-siakan kewajipan tersebut dan daripada jumlah itu, sebanyak 51.8 peratus berusia di bawah 40 tahun.

SPR giat melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah ini antaranya mewujudkan kaunter pendaftaran pengundi di tempat awam seperti di pejabat pos, pusat membeli-belah, Institut Pengajian Tinggi, dan banyak lagi. Di samping itu, SPR turut menjalankan kempen kesedaran di media bercetak dan elektronik.

Sejak berlakunya tsunami politik pada Pilihan Raya Umum ke-12 dan beberapa siri pilihan raya kecil, boleh dikatakan era kebangkitan pemimpin muda sudah mewarnai sistem politik di Malaysia. Sejak itu, pemimpin muda baik yang berdiri di belakang kerajaan, mahupun Pakatan Rakyat tidak pernah berhenti memperjuangkan pelbagai isu politik ala acuan mereka.

Tidak dinafikan bahawa teraju kepemimpinan pada hari ini membuktikan bahawa semakin banyak pemimpin muda berada di barisan hadapan kepemimpinan negara. Namun, sejauh manakah pentadbiran kerajaan yang diketuai Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak memberikan ruang kepada lapisan muda secara kolektif untuk bergiat secara aktif dalam politik?

___

Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad Pensyarah kanan & Panel Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat November 2010.  Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.  Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

RENCANA BERKAITAN Mereka Memilih untuk Tidak Memilih, Menuntut Perubahan.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.