Oleh MOHD. IZHAR ABU SAMAH

Penyelesaian isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura diharap menjadi pembuka jalan kepada penyelesaian beberapa isu tertangguh membabitkan hubungan diplomatik kedua-dua buah negara.

Di pihak Malaysia, ada pihak cuba mengheret isu tersebut menjadi isu politik yang ada kepentingan kepada mereka. Kononnya, pertukaran tanah milik KTMB itu didakwa hanya menguntungkan Singapura dan merugikan Malaysia untuk tempoh jangka panjang.

Ada juga yang beranggapan bahawa Kerajaan Malaysia agak tergesa-gesa dalam membuat keputusan berhubung dengan isu ini memandangkan nilai tafsiran semasa tanah milik KTMB di Singapura cukup tinggi dan boleh dijadikan “alat” untuk menekan Singapura membuat penyelesaian dalam banyak isu tertangguh membabitkan kedua-dua buah negara.

Walau apa-apa pun usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak dalam memuktamadkan isu tersebut, Najib mahupun Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong – masing-masing mahu mencari penyelesaian. Kedua-dua orang pemimpin ini agak berani untuk mengorak langkah dan cuba mengelak daripada terus berkonfrontasi kerana isu tersebut sudah tertangguh lama. Lebih-lebih lagi banyak isu tertangguh membabitkan hubungan dua hala yang menuntut penyelesaian segera.

Kedua-dua orang pemimpin muda yang kebetulan mewarisi legasi bapa masing-masing sebagai ketua negara tentunya mempunyai pendekatan sendiri dan cuba lari daripada terus dibebani dengan sejarah lama membabitkan hubungan Malaysia-Singapura. Sebagai jiran paling hampir dan pernah menjadi sebahagian daripada Malaysia, Singapura tentunya memahami betapa negara itu memerlukan Malaysia begitu juga sebaliknya.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat November 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.