Oleh SYAHMI SYAHIRAN

Menjelang sambutan Aidilfitri yang lalu, rakyat negara ini dihiburkan dengan pelbagai program menarik yang disiarkan menerusi televisyen tempatan. Hampir seluruh stesen televisyen termasuk stesen berbayar menghidangkan pelbagai program yang dianggap eksklusif.

Bahang musim perayaan tidak terhad kepada program hiburan semata-mata. Hal ini demikian kerana pelbagai syarikat berlumba-lumba menghasilkan iklan ucapan hari raya untuk berkongsi kegembiraan di hari lebaran.

Namun, dalam keghairahan berkarya, kadangkala penerbit iklan barangkali terlupa menjaga budaya dan adat resam penganut agama lain. Pada 2 September lalu, banyak penonton yang terperanjat apabila melihat iklan di salah sebuah stesen televisyen tempatan yang sangat jelas menunjukkan sentimen pluralisme.

Iklan ini menggambarkan seorang budak lelaki yang duduk di rumah dan dikunjungi seorang tua menggunakan beca dan membawa beliau terbang seperti Santa Claus. Orang tua yang memakai kopiah itu kemudiannya menjemput kanak-kanak lain dan membawa mereka ke satu destinasi yang dikumpulkan untuk menunjukkan kegembiraan menyambut hari raya. Iklan tersebut juga dilaporkan menampilkan babak kemunculan pelita dalam bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman Buddha.

Sejak disiarkan, iklan berdurasi kira-kira satu minit dengan kos penerbitan RM200 ribu itu mendapat kritikan banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan pelajar.

Dalam satu kenyataan media, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia membantah iklan itu kerana mesejnya jelas mempromosikan konsep pluralisme, kesamarataan antara agama di negara ini.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat November 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.