WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.162.173.119' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.162.173.119','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Iklan Ubat Kuat dan Produk Kecantikan Merimaskan','/?p=688','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh SYED MAZLAN SYED MAT DOM

Sebut sahaja “ubat kuat”, pasti banyak lelaki yang tersengih. Manakala apabila terdapat sahaja iklan produk kecantikan dan penjagaan kesihatan, pasti kebanyakan wanita tidak membuang masa untuk menatapnya.

Saiz pasaran yang besar dan permintaan tinggi menjadi punca utama produk perangsang seks lelaki melambak di merata tempat. Keghairahan mereka untuk tampil hebat membuka lebih banyak ruang kepada perniagaan produk yang bercorak sedemikian.

Begitu juga produk kecantikan untuk wanita, saban tahun bukan satu atau dua iklan produk baharu yang muncul di media cetak dan elektronik, malah puluhan jenama pelik dan berkeupayaan ajaib bebas dijual di mana-mana sahaja dan bilangannya semakin bertambah hari demi hari.

Baru-baru ini rakyat negara ini dikejutkan dengan berita seorang guru yang mengagihkan brosur untuk mempromosi ubat kuat kepada pelajarnya. Dorongan naluri untuk meraih keuntungan membuatkan guru ini kabur mata dan tersilap dalam percaturannya ketika mencari pelanggan.

Carian di enjin Yahoo dengan kata kunci “ubat kuat” memaparkan lebih daripada 11 juta laman web dan artikel yang berkaitan dengannya. Memburukkan keadaan, lokasi promosi barangan ini sangat tidak sesuai. Setelah iklan “along” diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan yang ditampal di merata-rata, tempatnya diambil alih pula oleh iklan segala jenis ubat kuat untuk meningkatkan tenaga batin lelaki.

___

Penulis pensyarah kanan dan Koordinator Program Executive Master of Business Administration (EMBA), Universiti Teknologi MARA Kampus Bandar Raya Johor Bahru.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat November 2010.  Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.  Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.