Ogos
2012

Oleh G. MANIMARAN

Disember ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bakal mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya. Persaingan merebut jawatan dijangka menarik kerana kemungkinan wujud kekosongan jawatan utama dalam kedua-dua kongres tersebut.

Bagi MTUC, wujud kekosongan bagi kerusi Setiausaha Agung yang tidak akan dipertahankan oleh G. Rajasekaran. Begitu juga di Cuepacs, kerana jika Presidennya Omar Osman tidak mempertahankan kerusi atas faktor usia persaraan, kemungkinan ada persaingan sengit untuk merebut jawatan tersebut.

Walau bagaimanapun, MTUC melihat perjalanan ke arah pemilihan tahun ini dari sudut yang lebih luas terutamanya mengenai pelbagai isu besar yang masih tertangguh. Salah satu isu yang dimaksudkan adalah dasar gaji minimum.

Aktivis sosial Dr. Chandra Muzaffar tidak bersetuju penggunaan istilah “gaji minimum”. Bagi beliau, banyak ahli ekonomi dan sosiologi berpendapat bahawa istilah “gaji minimum” perlu digantikan dengan istilah “pendapatan untuk menyara kehidupan” yang lebih menunjukkan maruah manusia.

“Pendapatan untuk menyara kehidupan adalah paras pendapatan minimum untuk memenuhi lima keperluan asas manusia iaitu makanan, tempat kediaman, pakaian, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Keperluan ini perlu dipenuhi untuk melindungi maruah manusia,” ujar Chandra kepada Dewan Masyarakat.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat November 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

  • Share/Bookmark

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.