Oleh KARIM RASLAN

Islam sering menjadi tajuk perbualan umum di Indonesia mahupun di Malaysia. Jarang-jarang sekali satu minggu berlalu tanpa ada perdebatan baharu tentang peranan Islam dalam kehidupan di kedua-dua buah negara.

Bagi penulis, Surabaya ialah salah satu daripada mercu tanda Islam di Nusantara. Surabaya merupakan kota kedua terbesar di Indonesia dan juga ibu kota Wilayah Jawa Timur.

Surabaya sedang berubah. Seperti wilayah lain di Indonesia, wilayah ini juga perlahan-lahan meninggalkan gelora ekonomi dan politik. Kini Surabaya menjadi lebih aman dan makmur.

Situasi positif ini wujud ekoran pendekatan desentralisasi Kerajaan Indonesia sekarang yang membenarkan semua wilayah di negara itu mengurus hal-ehwal mereka sendiri.

Sesungguhnya orang Jawa Timur begitu beradaptasi dengan pendekatan ini. “Semangat” mereka sentiasa berdasarkan kekuatan dan kemerdekaan, serta ditambah dengan semangat kerjasama sesama mereka yang tinggi. Penggabungan antara semangat dengan kebebasan membuatkan Surabaya berkembang maju.

___

Karim Raslan, penulis bebas yang kini menetap di Jakarta, Indonesia. Dua buah buku popular beliau berjudul Malaysian in Transition: Ceritalah 1 dan Journey Through Southeast Asia: Ceritalah 2.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat November 2010. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.