Oleh HASSAN AHMAD

Pada 25 September yang lalu, berlangsung Persidangan Kebangsaan Bandingan Pengajian Melayu dan Pengajian Cina. Persidangan ini dianjurkan oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Saya dijemput sebagai salah seorang pengerusi sesi dalam persidangan tersebut.

Beberapa hal menarik hati saya. Semasa saya datang, saya disambut oleh pihak penganjur (semuanya kaum Cina yang bertugas di UTAR) 100 peratus dalam bahasa Melayu yang lancar dan bukan dalam bahasa campuran Melayu-Inggeris, seperti yang selalu dilakukan oleh orang Melayu, termasuk sarjana Melayu, apatah lagi pegawai kerajaan, apabila mereka menyambut kedatangan tetamu ke majlis yang mereka anjurkan. Kerap saya disambut dengan kata-kata sambutan seperti, “Welcome, I will show you your seat.”

Seluruh persidangan anjuran UTAR itu dikendalikan dalam bahasa kebangsaan. Pengacaranya, seorang lelaki dan seorang perempuan, bertutur dalam bahasa Melayu dengan cukup lancar dan tidak bercampur baur dengan bahasa Inggeris. Sekali-sekala ada terjemahannya dalam bahasa Mandarin. Juruacara perempuan membacakan beberapa buah rangkap pantun Melayu yang disesuaikan dengan majlis itu.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Mangin Dennis D’ Crus. Dia berucap mewakili Menteri Kementerian tersebut dalam bahasa kebangsaan. Presiden UTAR, Profesor Datuk Dr. Chuah Hean Teik, berucap dalam bahasa kebangsaan. Mengingatkan bahawa UTAR ialah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya, perihal Presiden UTAR berucap pada majlis itu dalam bahasa kebangsaan, bukanlah selalu berlaku dalam majlis rasmi yang diadakan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang lain di negara ini. Barangkali kerana persidangan itu tentang pengajian Melayu dan pengajian Cina, maka majlis itu dianggap oleh pihak UTAR sesuai dikendalikan dalam bahasa Melayu.

___

Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas wakil tetap Malaysia ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat November 2010. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.