Oleh AHMAD MAHFIZ HAJI NORDIN

Penerbitan filem hikayat atau epik bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri filem tempatan. Walaupun kebanyakan filem yang dihasilkan di negara ini lebih kepada genre drama, komedi, mahupun seram, ketika era zaman filem hitam putih banyak filem hikayat dan epik dihasilkan.

Menurut laman sesawang www.filemkita.com, filem pertama yang diterbitkan di Tanah Melayu ialah filem Laila Majnun pada 1933 yang mengambil kisah hikayat Hindu mengenai percintaan yang tidak direstui melalui watak Laila dan Majnun. Filem ini diarahkan oleh BS Rajhans dan dilakonkan oleh M. Suki, Fatimah Jasmin, Syed Ali Mansoor al-Attas, Sharif Medan dan lain-lain.

Filem ini kemudiannya dibikin semula pada 1962 di bawah arahan BN Rao dan dilakonkan oleh pelakon terkenal yang bernaung di bawah Cathay-Keris Film seperti Nordin Ahmad, Latifah Omar, Umi Kalthom, Ahmad Nisfu, Habibah Harun dan sebagainya. Pada era 1930-an dan awal 1940-an, kebanyakan filem tempatan dihasilkan oleh Shaw Brothers Ltd., sebuah syarikat yang dimiliki Runme Shaw dan Run Run Shaw.

Industri perfileman di negara ini berkembang pesat pada penghujung 1940-an dan awal 1950-an ekoran tertubuhnya dua buah syarikat penerbitan filem di Singapura, iaitu Malay Film Production Ltd. dan Cathay-Keris Film Ltd. Manakala Shaw Brothers Ltd. bertindak sebagai pengedar bagi filem yang diterbitkan oleh Malay Film Production Ltd.

Melalui kedua-dua buah syarikat gergasi inilah banyak filem bercorak hikayat dan epik yang mengambil kisah daripada hikayat dan sejarah lama dipertontonkan. Antara filem yang mendapat sambutan hangat oleh syarikat Cathay-Keris Film Ltd. ini seperti Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Sri Mersing, Siti Zubaidah, Hang Jebat, Tajul Ashikin, Cucu Datuk Merah dan sebagainya.

Syarikat Malay Film Production Ltd. tidak kurang hebatnya dalam menerbitkan filem genre hikayat dan antara filem yang berjaya seperti filem Hang Tuah, Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Singapura Di Langgar Todak, Tun Fatimah, Raja Bersiong dan banyak lagi. Malangnya, apabila memasuki era 1970-an, penerbitan filem berbentuk hikayat semakin kurang dihasilkan dan salah satu sebab utama mengapa filem sebegini tidak lagi dikeluarkan kerana penutupan kedua-dua buah syarikat gergasi tersebut.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat November 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.