WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.81.71.219' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.81.71.219','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Pembunuhan Kejam: Mengapa Mereka Sezalim Itu?','/?p=649','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh ABD. KADIR MOHD. AYUB

Banyak pihak begitu sedih dan marah apabila berlakunya kes pembunuhan kejam membabitkan jutawan kosmetik bersama tiga orang yang lain baru-baru ini.

Keempat-empat orang mangsa dipercayai dipukul, diikat, serta ditikam berulang kali sebelum mayatnya dibakar. Banyak pihak mahu penjenayah yang melakukan kekejaman ini dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Sebenarnya, jenayah yang melibatkan pembunuhan kejam sudah pun kerap berlaku di Malaysia. Kira-kira 17 tahun dahulu, negara ini pernah digemparkan dengan kes pembunuhan kejam Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris. Mayat Mazlan dikerat 18 bahagian, kemudian ditanam di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang.

Pembunuhan kejam ini dilakukan oleh Maznah Ismail juga dikenali sebagai Mona Fendy, bersama suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman, dan seorang pembantu mereka, Juraimi Hussin. Mereka melakukan pembunuhan kejam itu kerana dipercayai mengamalkan ilmu hitam. Perbicaraan selama lapan tahun kes tersebut di Mahkamah Tinggi Temerloh akhirnya menyaksikan semua pesalah dihukum gantung sampai mati.

Kira-kira 10 tahun dahulu, pada 7 Oktober 2000, masyarakat juga turut digemparkan dengan kes Noor Suzaily Mokhtar yang menjadi mangsa rogol dan dibunuh dengan kejam ketika dalam perjalanan menaiki bas ekspres untuk melaporkan diri selepas mendapat tawaran bekerja di ibu negara. Allahyarham diperlakukan demikian oleh pemandu bas ekspres tersebut. Pesalah akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat November 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.