WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.81.71.219' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.81.71.219','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Israel Tidak Gentar dengan Tekanan Dunia','/?p=62','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




“Saya kesal atas kehilangan nyawa, tetapi tenteranya terpaksa mempertahankan diri, mempertahankan nyawa mereka, atau mereka akan dibunuh.” Demikian antara penyataan yang lahir dari mulut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi mempertahankan tindakan tenteranya menggempur flotila misi kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei yang lalu.

Penggempuran mereka bertolak daripada maklumat bahawa misi tersebut ada kaitan dengan rangkaian al-Qaeda. Lantaran itu, sembilan orang sukarelawan terkorban dan berpuluh-puluh orang lagi tercedera hanya kerana ingin menyampaikan bantuan dan keperluan kepada penduduk Gaza. Kira-kira 10 ribu tan barang bantuan yang diharapkan dapat mengurangkan kesakitan dan penderitaan yang dilalui oleh rakyat Palestin di Gaza sekali lagi tidak sampai di destinasinya.

Israel memang mahu menghapuskan kehidupan di Gaza dengan caranya yang tersendiri. Meskipun mendapat kecaman dan tentangan dari seluruh dunia, Israel tetap dengan pendirian bahawa mereka mengambil langkah yang betul atas nama keselamatan. Hak asasi manusia tidak wujud dalam kamus perjuangan mereka.

Kekejaman Israel baru-baru ini tiba-tiba membuka mata pihak antarabangsa untuk menuntut pembukaan sempadan masuk ke Gaza atas dasar kemanusiaan dan menuntut penyiasatan antarabangsa ke atas peristiwa ini atas dasar keadilan. Dalam pada itu, Utopia di Perancis telah membatalkan penayangan filem Israel di rangkaian pawagamnya sebagai tanda protes terhadap kekejaman Israel itu. Pemboikotan budaya juga berlaku di Britain. Kumpulan penulis dan ahli akademik atas nama British Writers in Support of Palestine memulaukan semua lawatan budaya, sastera, dan akademik yang ditaja oleh kerajaan, yayasan kebudayaan dan universiti Israel.

Adakah Israel takut atau khuatir dengan tekanan antarabangsa itu? Bagi Israel, semua ini adalah retorik gertakan untuk memperlihatkan keprihatinan antarabangsa. Apakah yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu apabila Lebanon begitu hebat dimusnahkan ketika Israel bertindak balas terhadap Hezbollah? Sejarah menunjukkan bahawa Israel tidak pernah gentar.

Setiap tahun Israel mendapat dana daripada Amerika Syarikat bernilai berbilion-bilion dolar dalam bentuk pinjaman dan bantuan. Adakah pendirian Amerika Syarikat di bawah Presiden Barack Obama akan berubah selepas keganasan Israel ke atas flotila kemanusiaan baru-baru ini?

Melihat pengaruh besar diaspora Yahudi di negara maju, sukar bagi mereka untuk menghalang apa-apa tindakan Israel. Dunia media yang mencorakkan persepsi dan ideologi masyarakat rata-rata dipegang oleh Yahudi; dunia hiburan yang digunakan untuk menyebarkan propaganda dan ideologi juga dikuasai Yahudi; “lobi” Yahudi dalam pentadbiran Amerika Syarikat melalui American Israel Public Affairs Committee yang amat berpengaruh dalam hubungan Amerika Syarikat-Israel; pasaran antarabangsa yang mempengaruhi ekonomi dunia, antara kekuatan Israel yang dapat mencatur perkembangan sosiopolitik dan sosioekonomi dunia.

Lantas sejauh manakah keupayaan rakyat Malaysia memberikan tekanan kepada Israel? Yang boleh kita lakukan adalah dengan memboikot penggunaan produk yang memberikan pulangan secara langsung mahupun tidak langsung kepada Israel. Dalam erti kata yang lain, kita mesti sanggup melepaskan penggunaan banyak produk makanan, pakaian, perkakasan rumah dan sebagainya yang menjadi kegemaran. Belum lagi senarai panjang jenis produk dari negara yang menghina Nabi Muhammad yang tidak “terboikot” oleh orang Islam.

Jangan juga kita lupa akan kewujudan kaum Yahudi di negara kita sejak abad kesembilan lagi yang bercambah dengan perkembangan perdagangan di Melaka pada abad ke-18. Maka, sama ada sedar atau tidak, kapal dagang Yahudi dapat memasuki pelabuhan kita. Sedangkan kita pula terus bertelagah dan bertelingkah sesama kita.

Padilah Haji Ali
padilah@dbp.gov.my

RENCANA BERKAITAN Kutukan Dunia Kengankuhan Israel, Episod Ulangan.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.