WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Lahirnya Jutawan Senyap','/?p=596','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh MUHAMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN

Semasa membentangkan Belanjawan 2010 di Dewan Rakyat tahun lalu, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa peningkatan kadar kemiskinan bandar di negara ini semakin membimbangkan.

Berdasarkan kajian Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) semasa menyediakan draf Bahagian 1 Model Baru Ekonomi pada Mac lalu, kira-kira 40 peratus daripada enam juta isi rumah di negara ini (empat juta tinggal di bandar dan bakinya tinggal di luar bandar) berpendapatan kurang daripada RM1500 sebulan. Ketika ini, kira-kira 63 peratus daripada 27 juta orang penduduk Malaysia tinggal di bandar.

Bayangkan jika satu keluarga dengan tiga orang anak yang tinggal di Kuala Lumpur hanya memperoleh pendapatan bulanan kurang RM1500 sebulan. Pastinya mereka ini mengalami kesempitan hidup dan terpaksa berhutang untuk memenuhi pelbagai keperluan.

Bagi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pendapatan RM3000 sebulan tidak lagi mencukupi untuk menampung kehidupan di bandar sekarang ekoran kos sara hidup yang kian meningkat. “Saya akui bahawa kira-kira 40 peratus penduduk di Malaysia terutamanya yang tinggal di bandar memerlukan bantuan segera untuk meningkatkan pendapatan mereka,” kata Muhyiddin dalam satu sidang media di Kuala Lumpur barubaru ini.

Kerajaan sejak sekian lama berusaha untuk menyelesaikan masalah kemiskinan bandar. Buktinya, kerajaan membantu lebih daripada 200 ribu keluarga miskin tegar di bandar yang berpendapatan RM450 sebulan untuk menerima kupon beras percuma sebanyak 30 kilogram setiap bulan. Selain itu, lebih daripada 150 ribu keluarga berpendapatan di bawah RM1500 yang tinggal di bandar menerima tiga kupon subsidi bernilai RM10 setiap satu untuk tempoh enam bulan.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat November 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.