Oleh ZULKIFLI SALLEH

Dalam perjalanan dari Cappadocia ke Ankara, Turki, sejauh 300 kilometer, bas pelancongan yang membawa kami tiba-tiba berhenti dua kali. Berhenti yang pertama, hanya pemandu bas dan pemandu pelancong yang turun dan kedua-duanya kelihatan mencari sesuatu.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan semula, tetapi tidak berapa jauh bas berhenti lagi. Kali ini, beberapa pelancong dari Malaysia turut turun – mencari sesuatu di tepi jalan. Apabila mereka semua naik semula ke dalam bas, pemandu pelancong memberitahu bahawa pemandu bas mencari batu gunung berapi untuk kawannya membuat ukiran.

Seterusnya, dia mengingatkan pelancong Malaysia bahawa batu tidak boleh dibawa keluar dari Turki, dan perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan. Sepanjang perjalanan, pemandu pelancong beberapa kali mengulangi peringatannya bahawa batu tidak boleh dibawa keluar. “Kalau anda benar-benar ingin memiliki batu itu, anda boleh memilikinya setakat di Istanbul (destinasi terakhir kami sebelum pulang ke Kuala Lumpur).”

Meskipun pada zaman ini, manusia (termasuk buruh) bebas bergerak merentasi sempadan negara, di Turki perjalanan batu ada batasnya. Jika difikirkan secara mendalam, peraturan itu ada rasionalnya kerana batu bersama-sama tanah, air, dan pasir merupakan bumi yang merangkumi wilayah dan kedaulatan sesebuah negara. Nasionalisme tidak semestinya selalu tunduk pada telunjuk globalisasi.

___

Penulis bekas Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.