Oleh HARIS ZALKAPLI

Dalam berita antarabangsa, laporan tentang Rusia sering melibatkan Iran, Turki, dan Syria, serta negara Asia Tengah yang berketurunan rumpun bangsa Turki dan beragama Islam. Negara-negara terbabit kesemuanya berada di sebelah Asia dan sebahagian daripada dunia Islam.

Sepanjang sejarah Rusia yang panjang dan kompleks, negara itu melalui pelbagai bentuk pemerintahan dan ideologi. Persoalan identiti sentiasa menjadi satu isu dasar yang mempengaruhi haluan dan sikap entiti ini di pentas dunia. Rusia selalu berada di tengah-tengah, antara Eropah dengan Asia, berinteraksi dengan dua alam itu melalui konflik dan kerjasama.

Rusia membina kemajuan fizikal melalui interaksinya dengan Eropah di bawah Peter yang menampakkan paradoks menyanjungi dan menyimpan rasa iri hati terhadap tamadun itu. Rusia di bawah Peter mengalami perang yang panjang dengan Sweden, kuasa maritim di utara Eropah. Episod tersebut menampakkan ketidakselarian antara Rusia dengan Eropah, walaupun dalam banyak perkara Rusia kelihatan tidak dapat mengelak daripada dilihat sebagai Eropah pada dasarnya, walaupun kekuatan empayarnya terbina melalui tanah besar Asia.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.