Oleh ASMADY IDRIS

Dunia pada hari ini, terutamanya masyarakat Islam, masih tertunggu-tunggu penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. Pasca-Perjanjian Westphalia 1648 membuka ruang yang seluas-luasnya untuk setiap kelompok masyarakat memiliki sebuah negara bangsa.

Menurut Perjanjian Westphalia 1648, bagi menubuhkan sebuah negara, beberapa elemen asas perlu ada iaitu penduduk yang tinggal tetap, wilayah geografi yang jelas, struktur pentadbiran kerajaan yang bakal mentadbir, dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa.

Hakikatnya, masyarakat Palestin khususnya yang berada di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sebenarnya memiliki kesemua elemen asas untuk memiliki sebuah negara yang berdaulat.

Status penduduk Palestin adalah tetap (beratus-ratus tahun tinggal di Palestin iaitu sejak bermula era pemerintahan Islam pada abad ketujuh Masihi). Mereka juga memiliki wilayah geografi yang jelas dan struktur prapentadbiran yang tersusun (merujuk Palestinian Authority) sejak termeterai Deklarasi 1993.

___

Profesor Madya Dr. Asmady Idris Dekan Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.