Oleh ZULKIFLI KHAIR

Ruang solat Masjid Muhajirin di sisi bangunan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) penuh sesak, persis sewaktu solat Jumaat. Bacaan Yasin bergema. Kelihatan keranda yang dibalut kain hijau bertulisan ayat suci al-Quran berada di ruang solat imam. Di dalamnya ada jenazah Almarhum Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad yang pergi menghadap Ilahi pada pagi Khamis, 2 Ramadan 1431 Hijrah.

Sekurang-kurangnya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, beliau menghasilkan dua buah karya iaitu Mari Sembahyang (untuk lelaki dan perempuan) dan Tafsir al-Quran ‘Abrul Athir yang cukup signifikan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Selain itu, beberapa orang tokoh agama tanah air merupakan anak didik Sonhadji. Mereka yang dimaksudkan termasuklah Datuk Haji Murtadha Daud (bekas Mufti Sarawak), Ustaz Haji Abdul Ghani Shamsuddin (bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia), dan Ustaz Safwan Fathi (pendakwah bebas dan penerima Anugerah Imam al-Ghazali Negeri Selangor 2009).

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.