WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Cabaran Pengamal Perhubungan Awam','/?p=539','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh JAMILAH HAJI AHMAD

Perhubungan awam merupakan satu bidang yang mencabar sama ada dari segi profesionalisme, etika, pendidikan, perubahan sosial, media, dan perkembangan teknologi terhadap disiplin perhubungan awam itu sendiri.

Cabaran ini disebabkan oleh disiplin perhubungan awam yang memerlukan sokongan organisasi dan masyarakat untuk mencari penyelesaian tertentu. Hal ini bagi memastikan profesionalismenya terus dipandang tinggi oleh organisasi dan masyarakat.

Antara isu yang sering diperdebatkan dalam profesionalisme perhubungan awam ialah isu gender. Hal ini demikian kerana kebanyakan pengamal perhubungan awam di dalam dan luar negara terdiri daripada wanita. Perkara tersebut menimbulkan cabaran kepada golongan lelaki untuk memasuki profesion ini.

Di Barat, seperti Amerika Syarikat, bidang perhubungan awam berkembang pesat dan didominasi oleh wanita. Hampir 98 ribu orang pengamal perhubungan awam di Amerika Syarikat terdiri daripada wanita.

Situasi ini menyebabkan timbulnya isu gender yang berkaitan dengan pendapatan terutama apabila pengamal perhubungan awam lelaki rata-rata sering dibayar lebih tinggi berbanding dengan wanita. Kes ini dilihat sebagai isu yang dinamakan sebagai the glass ceiling.

___

Dr. Jamilah Ahmad, Timbalan Dekan Bahagian Jaringan dan Industri Masyarakat, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.