Oleh SIVAMURUGAN PANDIAN

Ketika British memberikan kemerdekaan, dalam kalangan pemimpin parti yang berasaskan keetnikan di negara ini bersetuju untuk mentadbir urus negara ini bersama-sama bagi menunjukkan nilai kompromi dan pengorbanan hebat antara mereka.

Walaupun ada yang melihat semua ini sebagai desakan penjajah, atas suara “permuafakatan” dan demi memastikan Malaysia berdaya saing di persada global dengan berpusatkan kestabilan, pandangan itu tidak diendahkan.

Persoalannya, mengapakah mereka (pemimpin terdahulu) bersedia mengetepikan kepentingan masing-masing demi memerintah negara ini? Setiap keputusan yang dibuat dalam kerajaan berkiblatkan amalan musyawarah agar dapat bersaing dalam limpahan sumber yang terhad dalam meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Namun, selepas Mac 2008, suasana landskap politik arus perdana berubah. Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya, Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua per tiga. Pembangkang berjaya meraih undi “di luar jangka” dan menawan beberapa buah negeri, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak (kini di bawah BN) dan Selangor.

Banyak pihak yang mula menyatakan bahawa politik rasis sudah berkubur! Kini bermula era baharu dengan keterbukaan dan rakyat sudah bangkit untuk menentang amalan songsang yang bercanggah dengan prinsip kemanusiaan. Mutakhir ini, isu yang dahulunya dianggap sensitif mula dipersoalkan, malah ramai yang mula menyatakan pendirian mereka secara terbuka mengkritik kaum lain tanpa ada batasan.

___

Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.