Oleh JOHAN JAAFFAR

Saya orang yang beruntung kerana kehidupan saya dalam banyak hal – sama ada saya sedari atau tidak, secara langsung dan tidak langsung – ada pertaliannya dengan Jamil Sulong.

Saya bernasib baik kerana sewaktu saya berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), saya diberikan amanah untuk menyunting buku beliau. Kami bersama-sama mengerjakan buku itu selama kira-kira dua tahun, hinggalah buku itu terbit pada 2007.

Selama dua tahun itu saya mengenali Jamil dan Rosnani dengan lebih dekat – saya selalu berulang ke rumah mereka dan mengagumi koleksi buku dan bahan dokumentasi yang dikumpulkannya. Saya menyedari bahawa Jamil bukan karyawan filem biasa – he is a learned one, a thinking one and a voracious reader – “spesies” yang amat kurang wujud dalam kalangan karyawan filem tempatan.

Kecintaannya kepada buku dan ilmu cukup luar biasa. Malah, jikalau melihat kulit hadapan buku Jamil Sulong: Warisan dan Wawasan, jelas tertera bilik bacaan beliau di rumahnya. Malah, Jamil selesa digambarkan bersama buku-buku seperti yang tertera dalam gambar di bahagian awal buku Jamil Sulong: Warisan dan Wawasan dan dalam buku beliau sebelum ini.

___

Datuk Johan Jaaffar Pengerusi Media Prima Berhad dan bekas Pengerusi Lembaga Pengelola DBP.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.