WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Budaya Membaca dan Tabayyun','/?p=526','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH

Rakyat Malaysia dikategorikan sebagai masyarakat yang kurang membaca. Mengikut kajian Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), rakyat Malaysia secara purata hanya membaca dua buah buku setahun.

Terdapat bantahan pihak tertentu yang mendakwa bahawa kajian yang dibuat itu tidak bersifat terkini dan tidak menilai dari pelbagai aspek yang lain, misalnya jumlah penerbitan buku di Malaysia setahun; jumlah kajian ilmiah yang dikeluarkan oleh universiti tempatan; serta bilangan pengunjung perpustakaan seluruh negara.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh PNM, sebanyak 16 044 buah buku diterbitkan pada 2008. Jika pencapaian kegilaan membaca diambil kira dari sudut penerbitan buku, angka ini dianggap positif kerana meningkat berbanding dengan penerbitan pada 2005 iaitu hanya 10 310 buah buku.

Dari segi profil membaca pula, kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005 oleh PNM menunjukkan bahawa secara purata, rakyat membaca hanya dua buah buku setahun. Seterusnya, kajian semula yang dilakukan pada 2009 menunjukkan bahawa purata rakyat Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas membaca sebanyak sembilan hingga 12 buah buku setahun.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

- (1) Posts
Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.