WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Usahawan Kental dari Surabaya','/?p=524','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh KARIM RASLAN

Pak Muhid seorang lelaki yang sentiasa bergerak. Usahawan kelahiran Surabaya ini mempunyai jadual kerja yang sangat ketat. Setiap awal minggu bermula dengan terbang ke Jakarta untuk beberapa hari dan kemudian singgah di Bali sebelum pulang ke Surabaya untuk menghabiskan masa bersama dengan isteri dan empat orang anaknya.

Jadual kerjanya bagai tiada henti. Seminggu di Surabaya, seminggu lagi ke luar daerah. Namun, disebabkan dua jenis perniagaan yang beliau jalankan iaitu agen pengiklanan dan 20 buah cawangan restoran, beliau tidak mempunyai pilihan.

Memiliki raut wajah yang bulat dan selalu tersenyum, Pak Muhid kelihatan seorang yang optimis dan praktikal. Beliau mencerminkan status peribumi yang menjadi usahawan muda dalam pasaran perniagaan yang sangat kompetitif.

Seperti semua usahawan yang memiliki sifat dinamik, beliau mempunyai beberapa prinsip asas yang dipegang kuat. “Prinsip teras saya ialah rakan-rakan didahulukan. Kita perlu sentiasa bersedia untuk rakan-rakan.

Pada masa yang sama, kita mesti berupaya bekerjasama. Sudah tentu, jika kita daripada bidang perniagaan yang sama, kita harus bersaing antara satu sama lain, tetapi pada saat penting, kita perlu berganding bahu dan bersatu,” ujar Pak Muhid.

___

Karim Raslan, penulis bebas yang kini menetap di Jakarta, Indonesia. Dua buah buku popular beliau berjudul Malaysian in Transition: Ceritalah 1 dan Journey Through Southeast Asia: Ceritalah 2.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2010. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.