Oleh SYAHMI SYAHIRAN

Perlakuan seks bebas dalam kalangan remaja amat membimbangkan. Laporan Khas Dewan Masyarakat keluaran Ogos lalu sudah pun membincangkan masalah remaja yang terperangkap dalam salah laku seks bebas ini.

Dalam Laporan Khas tersebut diceritakan betapa “bangga” kumpulan remaja yang terlibat membuat pengakuan mengenai salah laku seks bebas yang dilakukan oleh mereka tanpa segan silu. Dari satu sudut, mereka menganggap mengamalkan seks bebas merupakan “hak peribadi” mereka dan mereka sendiri yang akan menanggung risikonya.

Rentetan daripada seks luar nikah ini, maka lahir pula satu masalah yang kini meruncing iaitu kes pembuangan bayi. Masalah berantai ini umpama barah yang sukar untuk disembuhkan lagi.

Amat menyedihkan apabila majoriti remaja terbabit dalam masalah ini merupakan remaja Melayu beragama Islam. Boleh dikatakan hampir setiap hari akhbar arus perdana melaporkan kes pembuangan bayi.

Bayi dibuang seperti sampah. Bayi yang ditemui pula kebanyakannya amat meruntun hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Masakan tidak, ada yang ditemui dalam keadaan rentung, digigit binatang buas, dihurung semut, lalat, dan ulat dalam keadaan tidak sempurna. Sudahlah melakukan seks luar nikah tanpa segan silu. Pada masa yang sama, mereka turut melakukan pembunuhan kejam. Nilai kemanusiaan lenyap begitu sahaja kerana matlamat utama mereka yang terlibat adalah untuk menghapuskan bahan bukti!

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

RENCANA BERKAITAN Polemik Kes Pembuangan Bayi.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.