Oleh ABD. KADIR MOHD. AYUB

Pada malam itu, kelihatan sebuah kereta mewah berwarna kelabu menghampiri seorang pemuda berusia 20-an yang sedang “melepak” di letak kereta sekitar bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Namun, kereta tersebut sekadar lalu di tepi pemuda itu dan terus ke kawasan lain.

Pemuda tersebut sibuk melayan panggilan telefon bimbitnya. Dia memiliki susuk tubuh sasa dan rupa paras yang menarik. Tidak berapa lama kemudian kereta mewah yang sejak tadi asyik “meronda” kawasan tersebut memberhentikan keretanya berhampiran dengan pemuda tersebut dan membuka cermin tingkap. Pemuda yang begitu sibuk melayan panggilan telefon bimbitnya tadi terus meluru ke arah kereta tersebut.

Di dalam kereta mewah itu kelihatan seorang lelaki berumur awal 40-an menghulurkan “salam perkenalan” kepada pemuda terbabit. Tidak sampai 10 minit, pemuda tadi menaiki kereta mewah tersebut dan menuju ke sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Situasi di atas bukan adegan biasa yang melibatkan pertemuan dua orang lelaki normal. Ini adalah kegiatan pelacuran yang dilakukan oleh remaja lelaki khusus untuk pelanggan lelaki kaya yang memiliki nafsu songsang. Kegiatan tidak bermoral ini dibongkar oleh Dewan Masyarakat. Kebanyakan pembaca mungkin kurang mengetahui kewujudan kegiatan moneyboy begitu berleluasa di ibu kota sekarang.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

1 Maklum Balas

  1. daud Komen:

    Kenapa lah lelaki tu cari “moneyboy”? Minat pada pompuan dah tak ada ke?

    Dihantar pada 5 November, 2010, 12:08 am

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.