WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Polemik Kes Pembuangan Bayi','/?p=476','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh ISMAIL AWANG

Mutakhir ini, kes pembuangan bayi amat kritikal. Sekadar mengambil beberapa contoh, pada 8 Februari lalu, mayat bayi yang dibungkus di dalam plastik hitam ditemui ditanam di tepi parit di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudiannya pada 9 Februari pula, seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan di depan pintu pagar rumah Ketua Polis Cawangan Khas Daerah Yan, Kedah.

Seterusnya, pada 10 Februari, mayat bayi perempuan yang sudah dihurung oleh semut dijumpai di depan Masjid Permatang Duyong, Melaka. Kemudian, pada 13 Februari 2010, seorang bayi lelaki dengan tali pusat yang masih segar dan uri melekat di tubuhnya, dicampak dan dibakar di dalam sebuah tong sampah di Kuala Krai, Kelantan.

Pendedahan terhadap kes pembuangan bayi ini seolah-olah menggambarkan bahawa manusia sudah hilang sifat kemanusiaan. Semua ini berpunca daripada keruntuhan moral masyarakat di negara ini khususnya dalam kalangan generasi muda yang terjebak dalam pergaulan bebas sehingga melakukan hubungan seks luar nikah. Banyak pihak berpendapat bahawa generasi muda ini dipengaruhi gaya hidup bebas masyarakat Barat yang sering dipertontonkan di media massa mahupun Internet. Kebanyakan pasangan yang membuang bayi disebabkan mereka ingin menutup keaiban yang dilakukan sehingga melahirkan anak luar nikah.

___

Penulis Pengarah Integriti dan Kualiti Negeri Kelantan.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.